KETUA jurulatih Iran, Carlos Queiroz, mempersoalkan 'maklumat salah' mengenai ancaman terhadap pemainnya dan memuji usaha mereka walaupun tersingkir daripada Piala Dunia Qatar selepas kekalahan 1-0 kepada Amerika Syarikat.
Gol separuh masa pertama Christian Pulisic sudah cukup menjadi penyebab buat Iran mengalami kekalahan dalam perlawanan terakhir Kumpulan B mereka di Stadium Al Thumama awal pagi tadi.
Pemain Iran sebelum ini mengambil bahagian dalam menunjukkan solidariti yang jelas dengan penunjuk perasaan anti-kerajaan di negara itu apabila mereka memilih untuk tidak menyanyikan lagu kebangsaan menjelang perlawanan pertama mereka di Qatar menentang England.
Kumpulan hak asasi manusia berkata lebih daripada 400 orang telah kehilangan nyawa mereka di tengah-tengah penindasan terhadap tunjuk perasaan di Iran, yang bermula berikutan kematian Mahsa Amini, seorang wanita berusia 22 tahun yang meninggal dunia dalam tahanan polis selepas ditangkap kerana keengganannya untuk memakai tudung.
Susulan itu keluarga pemain Iran dilaporkan telah diancam jika mereka menunjuk perasaan sekali lagi, tetapi dalam sidang akhbar selepas perlawanannya, Queiroz memberikan respons yang tegas.
"Dunia, dalam keadaan semasa, penuh dengan kebodohan," katanya. “Jika anda mendengar daripada sumber tanpa nama, anda menyampaikan maklumat itu dan dalam masa dua jam, beberapa kebodohan menjadi kebenaran.
"Ia adalah maklumat yang salah, ia memalukan tetapi ia adalah kebenaran. Kami telah mendengar beberapa cerita mengenai ancaman yang diterima pemain.
“Tetapi apa yang saya boleh nyatakan ialah terima kasih kepada kerja mereka, terima kasih kepada perbualan yang kami ada, pemain mula tersenyum semula dan memahami untuk siapa mereka bermain, misi mereka.
"Saya sangat gembira mereka dapat memberikan respons di atas padang dan memberi prestij kepada jersi itu." -- Stadium Astro
Astro Arena
Wed Nov 30 2022
Ketua jurulatih Iran, Carlos Queiroz memuji usaha pasukannya walaupun tersingkir daripada Piala Dunia Qatar. - Stadium Astro
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Cheng Hoe sudah ada bayangan kesebelasan utama skuad negara
Cheng Hoe berkata ini termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan khidmat arkitek tengah Terengganu FC, Lee Tuck.