awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Tite bidas Mbappe perlekeh CONMEBOL

Astro Arena
Astro Arena
18/08/2022
03:42 MYT
Piala Dunia Qatar: Tite bidas Mbappe perlekeh CONMEBOL
TITE: Kelayakan di sini mempunyai tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada peringkat kumpulan kelayakan Eropah. - Foto Astro ARENA
KETUA jurulatih Brazil, Tite, memadam tanggapan Kylian Mbappe bahawa kelayakan Piala Dunia lebih sukar buat pasukan di Eropah berbanding di Amerika Selatan.
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) dan Perancis itu pada Mei lalu berkata pasukan Eropah mempunyai kelebihan daripada segi global kerana beraksi di peringkat tinggi dalam kelayakan.
Malah, Mbappe, yang menjulang Piala Dunia bersama Perancis pada 2018, menambah bahawa bola sepak di Amerika Selatan tidak semaju di Eropah.
Bagaimanapun, Tite tidak bersetuju dengan komen itu apabila berasakan kualiti bola sepak di rantau Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) adalah paling sengit berbanding benua lain.
“Mungkin dia bercakap tentang pertembungan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) atau perlawanan persahabatan Eropah, tetapi bukan kelayakan Piala Dunia,” kata Tite kepada ESPN.
"Dengan segala hormatnya, kami tidak berdepan Azerbaijan. Kami tidak berdepan pasukan yang boleh memberi anda sebarang ruang.
"Kelayakan di sini mempunyai tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada peringkat kumpulan kelayakan Eropah."
Empat edisi terakhir Piala Dunia telah dimenangi oleh pasukan Eropah yang terdiri daripada Itali pada 2006, Sepanyol (2010), Jerman (2014) dan Perancis (2018).
Ia adalah kemenangan terpanjang untuk sebuah benua dalam sejarah kejohanan itu dengan hanya satu naib juara -- Argentina pada 2014 -- paling menyerlah selain daripada pasukan Eropah.
Malah, 12 daripada 21 edisi Piala Dunia sebelum ini telah dimenangi oleh pasukan Eropah dengan wakil Amerika Selatan merangkul trofi berprestij itu sebanyak sembilan kali.
Topic Berkaitan
#tite
#Kylian Mbappe
#Piala Dunia
#CONMEBOL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan