awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia: 'Saya harap kita telah banggakan bola sepak Asia' - Jurulatih Jepun

Bernama
Bernama
02/12/2022
05:55 MYT
Piala Dunia: 'Saya harap kita telah banggakan bola sepak Asia' - Jurulatih Jepun
MORIYA: "Banyak perkara yang boleh kita pelajari dan Asia juga boleh menang di peringkat dunia -- Jepun boleh menang di peringkat dunia." - AP
DOHA: Jurulatih Jepun Hajime Moriyasu berkata kemenangan pasukannya ke atas Sepanyol 2-1 diharapkan menjadi detik membanggakan kepada arena bola sepak Asia.
Kemenangan itu diperoleh hasil jaringan Ritsu Doan dan Ano Takana pada permulaan separuh masa kedua, menyaksikan Jepun layak ke pusingan 16 selaku juara Kumpulan E dan dijadual menentang Croatia selepas ini.
Jepun berjaya membuktikan kehebatannya dengan menewaskan Sepanyol dan Jerman dalam peringkat kumpulan, lapor Xinhua.
"...kemenangan kami ke atas Sepanyol dan Jerman iaitu dua daripada pasukan gergasi dunia menyuntik keyakinan yang tinggi kepada kami.
"Banyak perkara yang boleh kita pelajari dan Asia juga boleh menang di peringkat dunia -- Jepun boleh menang di peringkat dunia. Saya fikir semua orang di Asia akan berkongsi detik kegembiraan kita," katanya.
Beliau turut mengulas mengenai perlawanan separuh masa dan berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anak buahnya.
"Dua pertukaran (Doan dan Kaoru Mitoma) dibuat selepas masa rehat. Kami lebih tumpukan kepada serangan.
"Kami bertahan pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua, kami dapat memanfaatkan usaha itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia
#Qatar
#Jepun
#Bola Sepak Asia
#Hajime Moriyasu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan