awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia: Sepanyol, Jerman bertembung awal

Astro Arena
Astro Arena
01/04/2022
23:45 MYT
Piala Dunia: Sepanyol, Jerman bertembung awal
Bekas pemain bola sepak Brazil, Cafu memegang nama tuan rumah, Qatar ketika undian perlawanan Piala Dunia 2022. - Foto AP
DUA daripada tiga pemenang terakhir Piala Dunia, Sepanyol dan Jerman, bakal berentap di peringkat Kumpulan E sementara tuan rumah, Qatar, pula bakal membuka tirai temasya itu dengan menentang Ecuador pada 21 November depan.
Beberapa perlawanan menarik turut dinantikan sebelum pusingan kalah mati tatkala tiga slot lagi masih perlu ditentukan dengan dua perlawanan 'play-off' di antara benua dan 'play-off' membabitkan wakil Eropah akan diadakan pada Jun depan -- berpotensi menjadi pertemuan sesama Great Britain melibatkan Wales, Scotland yang masih merebut tempat di samping Ukraine selain England, Iran dan Amerika Syarikat.
Dalam undian di Qatar sebentar tadi itu, penyandang juara, Perancis, perlu melepasi ranjau Denmark, Tunisia, Peru selain Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Australia yang masih mengintai kemaraan.
Brazil yang mengharungi kelayakan dengan cemerlang ditempatkan dalam Kumpulan G, manakala Belgium, Portugal dan Argentina, begitu juga antara pasukan pilihan yang diramalkan lolos ke pusingan seterusnya.
Bagaimanapun, jadual sepak mula dan gelanggang bagi setiap perlawanan masih belum dimuktamadkan.
The #FIFAWorldCup groups are set We can't wait! #FinalDraw pic.twitter.com/uaDfdIvbaZ
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) April 1, 2022
Undian penuh:
Kumpulan A - Qatar, Ecuador, Senegal, Belanda
Kumpulan B - England, Iran, AS, Wales atau Scotland/Ukraine
Kumpulan C - Argentina, Arab Saudi, Mexico, Poland
Kumpulan D - Perancis, Peru atau UAE/Australia, Denmark, Tunisia
Kumpulan E - Sepanyol, Costa Rica atau New Zealand, Jerman, Jepun
Kumpulan F - Belgium, Kanada, Maghribi, Croatia
Kumpulan G - Brazil, Serbia, Switzerland, Cameroon
Kumpulan H - Portugal, Ghana, Uruguay, Korea Selatan
Topic Berkaitan
#Piala Dunia
#bola sepak
#undian
#Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan