awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala FA: Arne Slot beri amaran kepada Liverpool

Astro Arena
Astro Arena
11/01/2025
02:45 MYT
Piala FA: Arne Slot beri amaran kepada Liverpool
Arne Slot percaya bahawa perlawanan pusingan ketiga Piala FA di antara Liverpool dan Accrington Stanley bagaikan final Liga Juara-Juara (UCL).
ARNE Slot percaya bahawa perlawanan pusingan ketiga Piala FA di antara Liverpool dan Accrington Stanley bagaikan final Liga Juara-Juara (UCL).
The Reds akan menyambut kunjungan kelab Liga Dua, Accrington, di Anfield malam ini untuk pertemuan sulung di antara kedua-dua pasukan dalam semua pertandingan.
John Doolan kini menduduki tempat ke-19 di peringkat divisyen keempat dan kali terakhir Liverpool tersingkir daripada dalam pusingan ketiga Piala FA adalah ketika menentang Wolves pada 2018-19, lantas Slot telah memberi amaran kepada pemainnya supaya tidak terperangkap dalam situasi itu untuk mengelak tersingkir awal.
"Saya fikir setiap pasukan yang menentang kami kesemuanya istimewa terutama untuk kelab liga bawahan, jadi mereka pastinya akan bersedia untuk pertemuan ini," kata pengurus itu.
“Mereka telah mengharungi perlawanan ini selama berminggu-minggu.
“Jika anda mara ke final UCL, semua orang akan teruja dan bersedia (meraikannya) jadi bagi mereka, ia akan terasa seolah-olah final UCL, jadi kami perlu menyedarinya.
“Jangkaan saya tinggi bahawa dalam 25 minit pertama, setengah jam oti adalah bahagian paling sukar dalam pertemuan ini kerana mereka pastinya menjadikannya sangat sengit.
"Terpulang kepada kami untuk bersedia menghadapi mereka yang mahu menampilkan aksi terbaik dalam hidup mereka dan itulah yang perlu kami lakukan juga." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala FA
#UCL
#Arne Slot
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan