awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala FA: Penang FC mara ke suku akhir, singkir Melaka FC dengan agregat 5-0

Bernama
Bernama
15/09/2025
23:20 MYT
Piala FA: Penang FC mara ke suku akhir, singkir Melaka FC dengan agregat 5-0
Pemain Penang FC, Danilo Sipovac (kanan) merebut bola dengan pemain Melaka FC Daeyup Gu dalam perlawanan Piala FA di Stadium Bandaraya, pada Isnin. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Penang FC mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Melaka FC 3-0 pada perlawanan kedua Pusingan 16 di Stadium Bandaraya, di sini, malam tadi, sekali gus mara dengan agregat 5-0.
Berbekalkan kelebihan dua gol pada perlawanan pertama, skuad Harimau Kumbang turun penuh semangat di hadapan penyokong sendiri dan menguasai permainan sebaik wisel permulaan ditiup dengan misi menambah jaringan.
Kapten pasukan, Stefano Brundo menceriakan penyokong tuan rumah seawal minit ke-11 apabila mudah menyempurnakan bola lantunan hasil tandukan Danilo Sipovac, yang terlebih dahulu singgah di palang gol.
Penyerang import, Tchetche Kipre hampir menggandakan jaringan lima minit kemudian, namun tandukannya sedikit tersasar ke sisi gawang.
Melaka FC cuba bangkit menerusi percubaan Muhammad Sharel Fikri Md Fauzi pada minit ke-22 tetapi rembatan lemah penyerang berusia 31 tahun itu hanya melewati gawang Penang FC.
Penang FC melebarkan jurang pada minit ke-39 menerusi pemain bawah 23 tahun Ahmad Haziq Kutty Abba yang merembat masuk gol kedua perlawanan, sekali gus memberikan tekanan ke atas pasukan pelawat.
Tersentak dengan jaringan itu, skuad bimbingan K. Devan cuba mengatur serangan, namun gagal mencipta sebarang gol sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, Penang FC mengekalkan rentak menyerang menerusi beberapa percubaan Kipre dan Dylan Wenzel-Halls tetapi penyudah yang kurang tajam menggagalkan usaha mereka untuk menambah jaringan.
Pasukan pelawat pula sesekali melancarkan serangan balas tetapi benteng pertahanan tuan rumah berjaya menutup ruang.
Pada minit ke-78, Penang FC terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Jose Porteria diarah keluar padang oleh pengadil perlawanan S. Logeswaran susulan kekasaran ke atas pemain lawan.
Bagaimanapun, ia tidak melemahkan semangat tuan rumah apabila Kipre menebus kegagalannya sebelum ini dengan menyumbat gol ketiga pada minit ke-80.
Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus menyaksikan Penang FC mara ke suku akhir dengan agregat 5-0.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala FA
#Penang FC
#Melaka FC
#Stadium Bandaraya
#harimau kumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan