awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala FA: Terengganu berpesta gol, Penang bawa bekalan tipis ke Alor Setar

Bernama
Bernama
28/06/2024
22:30 MYT
Piala FA: Terengganu berpesta gol, Penang bawa bekalan tipis ke Alor Setar
Penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat (empat, kanan) menggagalkan percubaan Terengganu FC, pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) membelasah Sabah FC 4-0 pada saingan suku akhir pertama Piala FA 2024/2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini malam tadi.
Keputusan itu menyaksikan TFC yang juga finalis Piala FA 2022 membawa bekalan selesa ke tempat lawan pada aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 6 Julai depan.
Anak buah Tomislav Steinbruckner mengejutkan pasukan pelawat menerusi gol pembukaan Manuel Ott yang menolak masuk bola hasil hantaran Muhammad Safawi Rasid seawal minit kesembilan.
Ott kemudian membantu jaringan Ismaheel Akinade pada minit ke-37 bagi menceriakan lebih 15,000 penyokong skuad Penyu.
Lima minit berselang, gawang Sabah bocor lagi menerusi rembatan deras Marin Pilj dari dalam kotak penalti disusuli jaringan kedua Akinade pada minit ke-48.
Dalam satu lagi aksi, Kedah Darul Aman (KDA) FC membawa bekalan tipis untuk aksi separuh akhir kedua apabila mengatasi Penang FC 1-0 di Stadium Bandaraya di Pulau Pinang.
Pemain tengah gantian Mohamad Hasbulllah Abu Bakar muncul penyelamat apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-73 setelah penjaga gol Penang FC Sikh Izhan gagal menangkap kemas tendangan kapten pasukan KDA FC Sony Norde.
Pasukan pelawat menambah jaringan dua minit kemudian menerusi pemain import Ebenezer Assifuah namun gol itu dibatalkan pengadil perlawanan Ahmad Zuhaidi Dzulkifli kerana ofsaid.
Aksi timbal balik kedua-dua pasukan akan berlangsung pada 5 Julai ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala FA
#Terengganu FC
#KDA FC
#Penang FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan