Manchester United memadamkan mimpi buruk kekalahan kepada Chelsea apabila Juan Mata muncul wira dengan menjaringkan gol tunggal ke atas Manchester City dalam saingan Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi.
Kekalahan itu juga melebarkan rekod tanpa kemenangan Manchester City kepada enam perlawanan.
Pertembungan seteru setempat itu menyaksikan pengurus kedua-dua pasukan terdesak untuk menang - Jose Mourinho yang dimalukan selepas pasukannya dibelasah 4-0 di Stamford Bridge, manakala Pep Guardiola berdepan rekod kemarau kemenangan terburuk dalam kariernya selaku jurulatih.
Guardiola membuat sembilan rombakan ke atas skuadnya untuk memulakan aksi di Old Trafford dengan garang. Begitupun, tuan rumah bangkit pada separuh masa kedua dengan menyaksikan percubaan Paul Pogba singgah di tiang gol sebelum jaringan kemenangan Mata menyusul selepas itu.
Kemenangan itu menjamin United untuk ke peringkat suku akhir bertemu West Ham.
Guardiola membuat sembilan pertukaran ke atas skuad yang seri di tempat sendiri ketika menentang Southampton hujung minggu lalu dan Kelechi Iheanacho - yang mengambil tempat Sergio Aguero - beroleh peluang menarik seawal minit kedua.
Penyerang Nigeria itu menanduk bola dari jarak dekat untuk menyambut umpanan Jesus Navas, dan City terus mengancam kubu United yang kehilangan Eric Bailly.
Pelawat menuntut sepakan penalti agar diberikan selepas Aleix Garcia dijatuhkan Michael Carrick di dalam kotak penalti.
Willy Caballero yang menggantikan Claudio Bravo yang dikritik hebat kebelakangan ini sebagai benteng terakhir City, bertindak cemerlang di Old Trafford. Namun, baik dia mahupun, David De Gea, kurang diuji pada babak pertama permainan dengan kedua-dua pasukan gagal mengaturkan sebarang percubaan tepat.
Di penghujung 45 minit pertama perlawanan, sepakan percuma Zlatan Ibrahimovic menuju tepat ke arah tembok pertahanan City sebelum satu lagi usaha berbahayanya berjaya dihalang.
Vincent Kompany yang kembali daripada kecederaan panjang pada hujung minggu lalu, direhatkan pada separuh masa kedua - tempatnya digantikan oleh Aleksandar Kolarov - dan United tidak mengambil masa yang lama untuk menemui ruang di bahagian pertahanan City.
Caballero bertindak cemerlang apabila menepiskan percubaan Pogba dengan tangan kanannya. United terus memberi tekanan dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-54, apabila umpanan Ibrahimovic disudahkan Mata.
City terus bergelut untuk mencipta peluang dan United hampir menggandakan kedudukan, namun Ibrahimovic gagal menyambut hantaran Marcus Rashford.
Perkenalan Sergio Aguero and Raheem Sterling di penghujung permainan bagaimanapun tetap buntu untuk mengubah kedudukan perlawanan, untuk Guardiola mempamerkan reaksi kecewa kerana menyedari harapan pasukannya untuk bangkit semakin pudar.
Pertembungan suku akhir EFL yang turut menjadi tumpuan, Arsenal akan melayani kunjungan Southampton, sementara Newcastle United akan berdepan Hull City dan Liverpool bertemu Leeds United.
Astro Arena
Thu Oct 27 2016
Juan Mata muncul wira dengan menjaringkan gol tunggal Manchester United ke atas Manchester City dalam saingan Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi. - Oli SCARFF / AFP
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
Pelajar Columbia sifatkan NYPD kejam, ngeri
Polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
AWANI Ringkas: Selesaikan isu bekalan air, susulan cuaca panas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rudingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Pembinaan semula Gaza ambil masa berdekad lamanya
Pembinaan semula infrastruktur kediaman yang musnah di Gaza akan mengambil masa sehingga 2040.
Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.
Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool
Kehadiran Mourinho itu menyebabkan peminat Liverpool mula membincangkan kemungkinan pengurus Portugal itu menggantikan Jurgen Klopp.
Mourinho belajar bahasa Jerman
Jose Mourinho dilaporkan tertarik untuk melatih Bayern Munich.
Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan
Pengendali kelahiran Portugal itu tidak akan dibenarkan bersama di garisan tepi atau di bilik persalinan kelab pada hari perlawanan.
UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan
Jurulatih Roma, Jose Mourinho telah dikenakan penggantungan empat perlawanan oleh UEFA kerana kelakuannya pada perlawanan akhir Liga Europa bulan lalu.
UEL: Jose Mourinho didakwa UEFA gara-gara kritik pengadil
EPL menyifatkan apa yang dilalui pegawai berkenaan sebagai sesuatu yang "mengejutkan dan tidak dapat diterima."
Serie A: Mourinho ugut mahu ambil tindakan undang-undang terhadap pengadil keempat
Mourinho diarahkan keluar padang oleh pengadil tidak lama selepas pasukannya ketinggalan 0-1 gara-gara pertelingkahannya dengan Serra.
Mourinho dakwa dirinya 'pilihan pertama' untuk kemudi Portugal
Mourinho dikhabarkan akan kembali ke tanah airnya dan mengendalikan pasukan kebangsaan sebelum Martinez dilantik.
Jadual padat pra-Piala Dunia jejaskan prestasi pemain - Mourinho
Ahad lalu, Dybala terkeluar daripada perlawanan kerana kecederaan paha serta-merta selepas menjaringkan penalti.
Angel Di Maria jangka PSG pecat Mauricio Pochettino
Pochettino mengikat kontrak di PSG hingga 2023 tetapi jawatannya sudah lama dilaporkan terancam.