Naib juara, Kedah terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan 4-3 ke atas Sarawak dalam aksi Kumpulan A Piala Malaysia 2016 di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.
Juara empat kali itu membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi sepakan penalti pemain import dari Kosovo, Liridon Krasniqi sebelum pasukan pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-25 melalui penyerang import dari Zambia, Makeche Ndumba yang menyudahkan hantaran pendek Gilmar Jose Da Silva Filho.
Pasukan Bujang Senang kemudian mengejutkan pasukan tuan rumah apabila Nur Shamie Iszuan Amin menjaringkan gol kedua pada minit ke-29, juga menerusi hantaran Gilmar.
Skuad Lang Merah mendapat satu lagi sepakan penalti yang disempurnakan Krasniqi untuk menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir separuh masa pertama apabila kapten Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar mengasari pemain import baharu Kedah dari Brazil, Thiago Augusto Fernandes dalam kotak penalti.
Pengadil perlawanan, Mohd Nazmi Nasaruddin turut melayangkan kad merah kepada Mohd Hairol, yang menerima kad kuning kedua untuk kesalahan tersebut.
Sarawak sekali lagi berada di hadapan apabila Ndumba menjaringkan gol ketiga Sarawak pada minit ke-48, sebelum Kedah yang banyak menguasai perlawanan, menyamakan kedudukan menerusi Badrol Bakhtiar pada minit ke-57, yang menanduk masuk bola hasil hantaran pendek Thiago Agusto.
Thiago Agusto membuktikan ketajamannya sebagai penyerang dengan menjaringkan gol keempat pasukan Kedah melalui tandukan pada minit ke-65 selepas menerima hantaran daripada Badrol.
Sementara itu, dalam aksi Kumpulan C, Perak gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Perak, Ipoh.
Kesilapan penjaga gawang pasukan tuan rumah, Muhd Hafizul Hakim menjatuhkan Mohd Lot Abu Hassan dalam kotak penalti membawa padah apabila pemain import dari Brazil, Guilherme De Paula Lucrecio menyudahkan sepakan penalti pada minit kelima.
Skuad Seladang berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Albania, Xhevahir Sukaj pada minit ke-21, namun pemain pertahanan dari Singapura, Muhammad Safuwan Baharudin menyumbat masuk gol kemenangan pada minit ke-49 untuk PDRM membawa pulang tiga mata berharga.
Bernama
Wed Jul 13 2016
Pemain pasukan Kedah Liridon Krasniqi (kiri) cuba menewaskan penjaga gol Sarawak, M.Shahril Ashaari (jersi putih) pada perlawanan Piala Malaysia 2016 antara Kedah dan Sarawak di Stadium Darul Aman pada Rabu. - fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Piala M'sia: Kedah, PDRM bermula langkah kanan
Juara empat kali itu membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi sepakan penalti pemain import dari Kosovo, Liridon Krasniqi sebelum pasukan pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-25.