KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), membuka kempen Piala Malaysia 2021 dengan meyakinkan apabila menumpaskan Kelantan FC 2-0 dalam perlawanan Kumpulan D di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.
Penyerang import Bergson Da Silva meletakkan JDT di depan pada minit ke-30 menerusi sepakan penalti selepas pemain muda berbakat Arif Aiman Mohd Hanapi dijatuhkan Muhammad Ghaffar Abdul Rahman di dalam kotak penalti.
JDT berpeluang menambah jaringan namun tandukan tonggak pertahanan Shane Thomas Lowry, hasil dari sepakan sudut pemain tengah Muhammad Nazmi Faiz Mansor, terkena tiang gol kanan lawan pada minit ke-37, manakala sepakan voli Bergson dari luar kotak penalti seminit kemudian sekadar menggegar palang gol.
Bersambung babak kedua, juara Liga Super 2021 itu tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila pemain sayap Muhammad Safawi Rasid menolak masuk gol kedua pasukannya selepas menyambut umpanan berkualiti Muhammad Danial Amier Norhisham dari tengah padang, pada minit ke-49.
Peluang terbaik Kelantan untuk mendapatkan gol sagu hati pula hadir pada minit ke-86 namun rembatan padu Dzulfahmi Abdul Hadi dari luar kotak penalti ditepis penjaga gol JDT Muhammad Haziq Nadzli dan keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.
Aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pula menyaksikan jaringan Darren Lok 10 minit sebelum permainan tamat, menyelamatkan Petaling Jaya (PJ) City FC daripada mengalami kekalahan di tangan Sabah FC apabila kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam satu lagi pertembungan Kumpulan D.
Pasukan pelawat bimbingan bekas jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee terlebih dahulu berada di depan apabila sepakan percuma yang cantik dari jarak 40 meter oleh pemain pertahanan dari Korea Selatan, Park Tae-su, menerjah jaring tuan rumah pada minit ke-20.
Sementara itu, naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC ternyata unggul di Stadium Darul Aman, Alor Setar selepas melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Kelantan United dalam saingan Kumpulan C.
Pemain tengah Mohd Syazwan Zainon muncul wira juara lima kali Piala Malaysia itu apabila meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-14 dan minit ke-58, manakala pemain import, Tchetche Kipre turut mencetak nama sebagai penjaring pada minit kedua masa kecederaan babak pertama.
Beralih ke Stadium Hang Jebat, perlawanan yang terhenti selama 25 minit pada minit ke-12 akibat hujan lebat dan petir pada separuh masa pertama, tidak menjejaskan rentak Melaka United untuk mengejutkan juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC, 2-0.
Penyerang import, Adriano Aparecido Narcizo meledak jaringan pertama tuan rumah pada minit ke-27 sebelum S. Kumaahran menjaringkan gol kedua pasukannya bagi memastikan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021
JDT membuka kempen Piala Malaysia 2021 dengan meyakinkan apabila menumpaskan Kelantan FC 2-0 dalam perlawanan Kumpulan D di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini. - Foto: Facebook Johor Southern Tigers
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Projek FAM: Benjamin Mora sah tiada dalam perancangan skuad kebangsaan
Bekas pengendali JDT, Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya, sebelum ini.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
ACLE: Nasib baik tak kalah - TMJ
Tunku Ismail meluahkan kekecewaannya kerana JDT tidak bernasib baik susulan diikat gergasi Liga Thailand, Buriram United, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Tenggara' - TMJ
TMJ menjelaskan walaupun daripada rantau Asia tetapi kecanggihan infrastruktur membuktikan pasukannya di landasan kejayaan.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.