KUALA LUMPUR: Mutu pengadilan pegawai perlawanan tempatan sekali lagi menjadi tumpuan dan kali ini melibatkan pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) semalam.
Rata-rata peminat bola sepak tempatan tidak berpuas hati dengan pendekatan pengadil Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah dalam menghakimi beberapa 'keganasan' dilakukan pemain daripada kedua-dua pasukan pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu itu.
Malah, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim seakan turut senada dengan pandangan dilontarkan peminat.
Menerusi ciapan di Twitter, Tunku Ismail berpendapat pengadil berkenaan tidak menunjukkan prestasi pengadilan yang baik.
"Pengadil teruk. Bukan perlawanan ini sahaja. Majoriti perlawanan setiap tahun. Sabah lawan Terengganu, JDT lawan Kelantan, Negeri Sembilan lawan Sarawak dan lain-lain.
"Setiap tahun benda yang sama. Kami perlu penambahbaikan dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) mesti ambil tindakan," kata Tunku Ismail.
Tidak terhenti setakat itu, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menulis ciapan: "VAR (Video Assistant Referee) is a must".
Antara 'keganasan' yang gagal dihakimi dengan baik oleh Tuan Mohd Yaasin pada aksi itu adalah tindakan pertahanan JDT Shane Lowry yang meluru ke arah Jordan Mintah sebelum menarik baju dan menghempas pemain dari Ghana itu ke padang pada minit ke-71.
Tindakan pemain import dari Australia itu sekali gus mencetuskan suasana tegang, namun tiada layangan kad sebagai amaran kepadanya.
Pemain berdarah campuran negara Ignacio Insa Bohigues atau lebih dikenali sebagai Natxo Insa turut didapati melakukan beberapa kekasaran selain menendang bola keluar dari padang sebagai protes kepada keputusan pengadil, namun pendekatan sama diambil Tuan Mohd Yaasin yang hanya memberi kata-kata amaran.
Pertahanan TFC Muhammad Hairiey Hakim Mamat turut terlepas daripada dilayangkan kad susulan kekasaran dilakukan terhadap pemain gantian JDT Muhammad Safawi Rasid.
TFC, finalis edisi 2018 dan JDT yang merupakan juara edisi 2019 terikat 1-1 selepas jaringan Bergson da Silva pada minit ke-50 menafikan gol pembukaan tuan rumah seawal minit kelapan menerusi Mintah sekali gus pasukan yang akan ke final bakal ditentukan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021

Pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Gonzalo Gabriel Cabrera (tengah) dikawal oleh pemain Terengganu FC (TFC) Muhammad Azarul Nazarith Azhar (kanan) dan Habib Haroon pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 semalam. - fotoBERNAMA

Xpats Gateway: Permohonan permit kerja ekspatriat dipendekkan dari 80 ke 5 hari - Rafizi
Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat, Xpats Gateway, akan memendekkan proses permohonan permit kerja daripada lebih 80 hari kepada lima hari bekerja sahaja.

Azlinda Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Prof Dr Azlinda Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 30 Mei 2025, demikian umum Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini.

Malaysia kerugian RM4.5 trilion akibat rasuah & ketirisan, masa untuk TRAC!
Melalui TRAC, mereka yang secara sukarela mengembalikan wang, vila percutian, aset bergerak dan/atau tak bergerak, dan lain-lain boleh diberikan pengampunan daripada pendakwaan dengan beberapa sekatan

Mahkamah Persekutuan tetap 21 Ogos dengar permohonan kebenaran merayu SIS Forum
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos ini untuk mendengar permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk mendapatkan kebenaran merayu.

"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.

Bayaran Insentif Wilayah ganti BISS, BISM untuk anggota tentera bermula 1 Julai - Anwar
Kerajaan bersetuju meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) kepada anggota ATM.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.42 bilion pada akhir April 2023 - BNM
Butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.

Peguam Negara tolak representasi kedua pemilik Crackhouse Comedy Club gugur 3 pertuduhan - Peguam
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu diberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi kedua pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel.

Tindakan MP Pendang bandingkan saya dengan Tun M tidak masuk akal - Anwar
Tindakan tersebut didorongi oleh niat jahat yang jelas dan nyata serta semua rujukan kepada Dr Mahathir tidak sepatutnya dibuat oleh defendan (Awang Solahuddin).

Kaji selidik: 'Kami tengah buat kerja' - Rafizi
Kaji selidik yang dijalankan Endeavour-MGC menunjukkan rakyat sebenarnya lebih berpuas hati dengan pentadbiran sekarang dalam menguruskan ekonomi.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

JDT perlu pamer aksi terbaik berdepan Penang FC - Solari
JDT perlu memberikan aksi terbaik ketika berdepan Penang FC dalam saingan suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad bagi menjamin slot ke separuh akhir musim ini.

JDT tiada tandingan, Selangor tewaskan KDA FC
Kemenangan kali ke-12 berturut-turut oleh pasukan kendalian Solari Esteban Andres itu, menguatkan lagi cengkaman Harimau Selatan sebagai pendahulu liga.

Liga Super: JDT tewaskan Kuching 4-0, Kedah pesta gol di Darul Aman
Kemenangan yang diraih pasukan kendalian Esteban Solari itu, merupakan kemenangan ke-11 berturut-turut musim ini.

JDT sambar Muhammad Aqil
JDT umum menandatangani pemain muda berbakat dari Terengganu, Muhammad Aqil Mohd Shamsul Aswadi.

JDT kumpul 43 gol selepas 10 perlawanan
Kelantan United umpama mujur gawang mereka tidak diratah dengan lebih teruk ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) merakamkan kemenangan 6-0, sebentar tadi.

Persib Bandung kunci mulut status Safawi
Pengarah PT Persib Bandung Bermartabat (PBB), Teddy Tjahjono masih berteka-teki apabila ditanya mengenai perkhabaran berkenaan.

TMJ titah semua padang JDT dinaik taraf
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar semua padang bola sepak milik kelab itu dinaik taraf.

FAM tidak berhutang dengan TMJ - Hamidin
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menafikan badan induk itu mempunyai hutang dengan Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dunia iktiraf Stadium Sultan Ibrahim
Stadium Sultan Ibrahim telah menarik perhatian pemerhati dengan pengurusan profesional, pemeliharaan dan reputasi stadium tersebut.