awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
Melaka perkukuh agenda tenaga hijau, laksana projek solar di bumbung parkir UTC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: Negeri Sembilan bertemu Terengganu di suku akhir

Bernama
Bernama
29/11/2024
21:45 MYT
Piala Malaysia: Negeri Sembilan bertemu Terengganu di suku akhir
Aksi pemain Negeri Sembilan FC Selvan Anbualagan (tengah) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan pada aksi menentang PDRM FC pada Liga Malaysia Cup (R16) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan FC mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan menyingkirkan PDRM FC menerusi keputusan agregat 4-2, selepas melakar kemenangan 3-0 pada perlawanan kedua pusingan 16 malam tadi.
Pada aksi berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sini, pasukan kendalian K. Nanthakumar itu turun dengan semangat baru setelah tewas tipis 1-2 di tangan skuad 'Sang Saka Biru' pada aksi pertama tempoh hari.
Kedua-dua pasukan tampil berhati-hati seawal wisel mula ditiupkan namun jaringan sendiri terhasil oleh pemain pertahanan PDRM, Ezrul Ashraf pada minit kelapan sekali gus menyaksikan Negeri Sembilan menyamakan kedudukan dari segi agregat.
Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan menambah jaringan kedua pasukan menerusi Hadin Azman pada minit ke-53 yang merembat kencang bola masuk ke gawang PDRM.
Gerakan lincah A. Selvan memastikan skuad 'Hobin Jang Hobin' meraih gol ketiga pada minit ke-81 sekali gus menamatkan perjalanan PDRM pada saingan Piala Malaysia.
Dalam pada itu, Terengganu FC turut berhasil menempah pertemuan ke suku akhir apabila menewaskan Melaka FC menerusi keputusan agregat 4-1, selepas kedua-dua pasukan terikat seri 0-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#Negeri Sembilan FC
#PDRM FC
#suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan