awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis tahan tiga pelatih PUSPEN Jelebu larikan diri, dua masih diburu
MALAYSIA
Penjawat awam dilarang buat sebarang bentuk pernyataan awam
MALAYSIA
Op Pedo bongkar pelajar miliki 5,000 bahan lucah kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka

Bernama
Bernama
23/11/2024
21:30 MYT
Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Jambor meledak jaringan penyamaan buat Selangor di Temerloh. - Foto Facebook/MFL
KUALA LUMPUR: Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC pada aksi pertama pusingan awal Piala Malaysia 2024/2025 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, malam tadi.
Kedua-dua pasukan dilihat berusaha keras mengatur gerakan seawal babak pertama untuk menghasilkan gol pendahuluan namun rentak permainan masing-masing terganggu berikutan keadaan padang yang becak susulan hujan menjelang sepak mula.
Pada minit ke-27, skuad Tok Gajah berjaya mencipta gol pertama menerusi tandukan deras Sean Eugene Selvaraj ke gawang Selangor selepas kemas menyambut tandukan pemain lawan, Harith Haiqal Adam yang cuba mengeluarkan bola.
Babak kedua perlawanan, Sri Pahang tampil lebih agresif untuk menambah jaringan tetapi barisan pertahanan Selangor tenang mengekang asakan itu.
Skuad Gergasi Merah sebaliknya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi Nikola Jambor yang meledak gol membuatkan penjaga gol Sri Pahang, Muhammad Zarif Irfan terpaku sebelum keputusan kekal hingga wisel penamat.
Aksi timbal balik kedua-dua pasukan akan berlangsung pada 1 Dis ini.
Sementara itu, Terengganu FC mencatatkan kemenangan bergaya ke atas tuan rumah Melaka FC, 4-1 pada aksi berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong.
Terengganu merobek gawang Melaka seawal minit kelapan menerusi Muhammad Safawi Rasid sebelum Muhammad Akhyar Abdul Rashid melebarkan kedudukan selang tujuh minit kemudian.
Bersambung babak kedua, Akhyar menambah jaringan buat Terengganu pada minit ke-54 selepas tandukannya menerjah gawang yang gagal diselamatkan penjaga gol Melaka Ameerul Eqhwan Fauzi.
Melaka membuat serangan balas dan berjaya memperoleh jaringan sulung pada minit ke-55 menerusi Fuseini Issah yang menyudahkan umpanan Fikri Shah.
Bagaimanapun, Terengganu menambah derita tuan rumah sekali gus memastikan mereka pulang membawa bekalan selesa ke aksi timbal balik menerusi jaringan minit ke-90 oleh Muhammad Alif Zakaria.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#Sri Pahang FC
#Selangor FC
#skuad Tok Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami