awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sudirman: Tang Jie-Ee Wei tumpas, China dahului Malaysia

Astro Arena
Astro Arena
02/05/2025
02:40 MYT
Piala Sudirman: Tang Jie-Ee Wei tumpas, China dahului Malaysia
Tang Jie dan Ee Wei akur dengan kekalahan 17-21 dalam set kedua selepas secara keseluruhan bertarung selama 49 minit. - Stadium Astro
TUAN rumah, China, mendahului Malaysia 1-0 dalam suku akhir Piala Sudirman apabila beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tewas kepada gandingan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, di Xiamen sebentar tadi.
Jurang kualiti kelihatan ketara dalam set pertama, di mana Tang Jie dan Ee Wei tidak dapat mendahului lawan itu selepas terikat 4-4 dan biarpun cuba mengejar pada penghujung saingan, mereka membenarkan lawan memperoleh tiga mata berturut-turut untuk akur dengan kekalahan 17-21.
Beberapa siri kesilapan sendiri, terutama dari Ee Wei, memberikan kerugian buat pasangan negara itu pada awal set kedua dan ia berlarutan sehingga ke penghujung permainan, memaksa Tang Jie dan Ee Wei akur dengan kekalahan 17-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 49 minit.
Selepas ini, cabaran negara akan dipikul perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, yang akan berdepan pemain nombor satu dunia, Shi Yu Qi. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala Sudirman
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
#tewas
#Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami