awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Thomas 2016: Pemain perseorangan Malaysia menyerlah di Kunshan

Astro Arena
Astro Arena
18/05/2016
07:22 MYT
Piala Thomas 2016: Pemain perseorangan Malaysia menyerlah di Kunshan
Iskandar Zainuddin (kiri) selepas menewaskan Son Wan Ho dari Korea Selatan: AFP / JOHANNES EISELE
Skuad negara membuktikan kewibawaan mereka untuk menamatkan saingan berkumpulan sebagai juara, ketika kredibiliti mereka sebagai pencabar kejuaraan Kejohanan Badminton Piala Thomas 2016 masih menjadi tanda tanya.
Kemenangan ke atas England 4-1 dan Jerman 5-0 memastikan laluan Malaysia ke suku akhir, tetapi masih gagal mencabar kemampuan sebenar Malaysia.
Kerana itu, pertembungan menentang Korea Selatan semalam, menjadi penanda aras sebenar terhadap keupayaan Malaysia.
Barisan perseorangan paling menyerlah, memulakan saingan dengan kemenangan menerusi Datuk Lee Chong Wei. Perseorangan kedua, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, meletakkan Malaysia di depan 2-1 sebelum Chong Wei Feng mengesahkan kemenangan 3-2 skuad negara.
Malaysia kini menanti siapa lawan di suku akhir tetapi setidak-tidaknya sudah mengelak seteru seperti China.
"Kami tidak kisah jumpa siapa. Berada di tempat teratas dalam kumpulan lebih baik kerana kami akan berjumpa pasukan kedua terbaik kumpulan. Mungkin tidak sukar sangat (suku akhir) dan ia membuka peluang kepada kami untuk mara," kata Chong Wei.
Sementara itu, Wei Feng berkata: "Amat penting kerana kami mahu mengelak berjumpa pasukan kuat kerana sasaran kami adalah peringkat separuh akhir. Misi pertama sudah sampai, jadi kami beralih ke misi kedua."
Skuad Piala Thomas negara menamatkan kedudukan selaku juara Kumpulan C. Mengiringi Malaysia ke suku akhir ialah Korea Selatan yang muncul naib juara.
Piala Thomas 2016 berlangsung di Stadium Tertutup Pusat Sukan Kunshan, China, dari 15-22 Mei.
Topic Berkaitan
#Kunshan
#pemain badminton perseorangan menyerlah
#Piala Thomas 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan