awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Thomas: Hasrat Malaysia ke separuh akhir tak kesampaian

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2021
15:22 MYT
Piala Thomas: Hasrat Malaysia ke separuh akhir tak kesampaian
Perseorangan negara, Lee Zii Jia tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting. - Gambar fail
HASRAT Malaysia untuk mara ke separuh akhir Piala Thomas musnah apabila mengalami tiga kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada suku akhir di Arena Ceres, Aarhus, Denmark, malam ini.
Terbaharu, perseorangan negara Ng Tze Yong kecundang di tangan Jonatan Christie dengan mata 21-14, 19-21, 16-21.
Terdahulu, beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga tewas kepada Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.
Pasangan negara itu tewas 17-21 di set pertama, sebelum bangkit memberi cabaran di set kedua dengan kedudukan 21-16. Mereka bagaimanapun kecundang 15-21 di set penentuan.
BACA: Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik pula kecundang di tangan pemain Indonesia
Sebelum itu, perseorangan negara, Lee Zii Jia tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting.
Zii Jia tewas 21-15 dalam set pertama dan 21-17 pada set kedua.
Sebelum ini, media melaporkan Malaysia berpeluang menebus kekalahan kepada Indonesia selepas kedua-dua pasukan itu diundi sekali lagi bertemu pada saingan suku akhir Piala Thomas hari ini.
Malaysia, yang muncul naib juara Kumpulan D selepas tewas 4-1 kepada Jepun di Arena Ceres di sini pada Khamis, tewas 3-1 kepada Indonesia pada peringkat sama pada edisi 2018 di Bangkok.
Indonesia pula yang muncul juara Kumpulan A, telah memenangi piala berprestij itu sebanyak 13 kali, manakala Malaysia lima kali dengan kali terkahir pada tahun 1992 di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Piala Thomas
#suku akhir
#Malaysia
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan