awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Thomas: Malaysia tundukkan Korea Selatan 3-2

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2016
12:12 MYT
Piala Thomas: Malaysia tundukkan Korea Selatan 3-2
Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang mengejutkan pemain nombor 16 dunia, Lee Dong Keun 21-17, 21-15. - Photo AFP
SKUAD badminton negara berhempas-pulas untuk memperoleh kemenangan 3-2 dalam pertemuan dengan Korea Selatan dalam persaingan Kumpulan C, pada Selasa di Kunshan, China.
Datuk Lee Chong Wei memulakan rentak kejayaan apabila menundukkan pemain ranking kesembilan, Son Wan-Ho dalam straight set.
Pasukan lawan pula berjaya dengan skuad beregu mereka, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong, serta Kim Gi-jung dan Kim Sa-rang.
Namun, antara dua kemenangan beregu Korea Selatan itu, tampil pemain perseorangan kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang mengejutkan pemain nombor 16 dunia, Lee Dong Keun dengan kemenangan 21-17, 21-15.
Dalam perlawanan penentuan, Chong Wei Feng, pemain ranking ke-68 dunia, menampilkan persembahan membanggakan untuk menewaskan pemain nombor 28 dunia, Jeon Hyeok Jin, dengan mata 21-16, 21-16 bagi mengesahkan kemenangan skuad negara.
Selaku juara kumpulan, skuad Piala Thomas Malaysia melangkah ke peringkat suku akhir pada hujung minggu ini.
Selain Malaysia, turut layak ke suku akhir adalah juara bertahan, Jepun dan tuan rumah, China (Kumpulan A), Indonesia, Thailand (Kumpulan B), Denmark,Taiwan (Kumpulan D) dan Korea Selatan sebagai naib juara Kumpulan C.
Terdahulu, skuad Piala Uber negara kandas apabila tewas kepada Denmark.
Topic Berkaitan
#China
#Korea Selatan
#Kunshan
#Piala Thomas
#skuad badminton negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan