awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan, Piala Agong tangguh

Bernama
Bernama
23/05/2021
15:57 MYT
PKP: Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan, Piala Agong tangguh
Keputusan itu bakal menyebabkan arena ragbi negara kemarau tanpa kejohanan bagi tempoh hampir dua tahun akibat pandemik. - Gambar hiasan/ Facebook Tigers Super Sports
KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat keputusan untuk menangguhkan dua kejohanan domestik yang dirancang untuk tahun ini berikutan keadaan semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Kejohanan KRM Fahmy Jalil berkata Kejohanan 7-sepasukan Kebangsaan (National 7s) yang dijadualkan bermula 31 Julai hingga 1 Ogos dan Piala Agong yang sepatutnya bermula 14 Ogos terpaksa ditangguh sehingga keadaan pulih.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan itu diambil ketika Mesyuarat Exco secara maya yang berlangsung petang tadi, dengan mengambil kira PKP dan prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan bermula Selasa ini.
"Sebarang makluman tentang tarikh baru kejohanan anjuran KRM akan dimaklumkan kemudian setelah mengambil kira situasi semasa yang tidak menentu buat masa kini," katanya menerusi kenyataan.
Keputusan itu juga bakal menyebabkan arena ragbi negara kemarau tanpa kejohanan bagi tempoh hampir dua tahun akibat pandemik.
Kejohanan domestik terakhir yang dianjurkan ialah Piala Agong 2019, yang menyaksikan Terengganu merangkul gelaran sulungnya selepas menundukkan juara bertahan Sabah dalam final pada November tahun itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KRM
#Kesatuan Ragbi Malaysia
#Piala Agong
#National 7s
#Fahmy Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan