awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: SOP sukan dan rekreasi diangkat semula dalam sidang khas MKN

Bernama
Bernama
07/05/2021
06:19 MYT
PKP: SOP sukan dan rekreasi diangkat semula dalam sidang khas MKN
Perkara itu akan dibawa oleh menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas kementerian itu menerima pelbagai maklum balas berhubung SOP yang diumumkan sebelum ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beberapa cadangan berhubung prosedur operasi standard (SOP) lebih wajar terhadap sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi, di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diangkat semula dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu akan dibawa oleh menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas kementerian itu menerima pelbagai maklum balas berhubung SOP yang diumumkan sebelum ini.
Menurut kenyataan itu, KBS sentiasa komited dan konsisten membawa perspektif bahawa sukan bukan sahaja berkait soal aktiviti, malah ia turut melibatkan ekosistem yang lebih luas.
"KBS sentiasa bersama peminat dan penggiat sukan dalam memaknakan 'Kita Jaga Kita' khususnya dalam soal kelangsungan hidup dan keselamatan diri daripada penularan jangkitan COVID-19. Dalam masa yang sama, soal kecergasan sama sekali tidak diketepikan," menurut kenyataan itu.
Semalam, Sidang Khas MKN memutuskan untuk menggantung sementara sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan PKP, termasuk semua aktiviti sukan dan rekreasi di premis atau kemudahan komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka.
Bagaimanapun, beberapa aktiviti seperti program latihan berpusat secara kuarantin Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri menggunakan konsep 'Camp Based Training' antara yang dibenarkan.
Perkembangan itu secara tidak langsung mengundang pelbagai reaksi masyarakat apabila aktiviti riadah seperti bersenam, joging dan berbasikal bersendirian tidak dibenarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKP
#Reezal Merican Naina Merican
#Reezal Merican
#Majlis Keselamatan Negara
#SOP
#COVID-19
#MKN
#Majlis Sukan Negara
#Kementerian Belia dan Sukan
#perintah kawalan pergerakan
#KBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan