MENJELANG aksi berdepan Timor Leste dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam ini, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, berasa lega apabila semua pemain berada di tahap terbaik tanpa dihantui isu kecederaan.
Sebelum ini, tiga pemain daripada senarai 26 pelatih digugurkan, iaitu pemain tengah, Syahmi Safari dan Abdul Halim Saari, serta pertahanan, Rodney Celvin Akwensivie.
Situasi itu membuatkan bekas pengendali Kedah itu yakin mampu melakar keputusan positif untuk dijadikan bekalan dalam aksi kedua nanti sambil menegaskan dia sentiasa mengingatkan anak buahnya agar tidak memandang rendah cabaran lawan.
"Sesi latihan ringan ini hanya untuk mengekalkan kecergasan pemain sambil memastikan mereka sudah bersedia untuk turun beraksi malam ini. Kami juga memantau sekiranya ada pemain yang mengalami sebarang masalah," katanya.
"Saya rasa pemain Timor Leste pantas melakukan serangan balas, jadi kami perlu berhati-hati. Semua pemain kita komited dan yakin pengorbanan sambutan Aidilfitri berbaloi."
Astro Arena
Fri Jun 07 2019
Bekas pengendali Kedah itu yakin mampu melakar keputusan positif untuk dijadikan bekalan dalam aksi kedua nanti sambil menegaskan dia sentiasa mengingatkan anak buahnya agar tidak memandang rendah cabaran lawan. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Play-off kelayakan Piala Dunia: Cheng Hoe lega ...
Menjelang aksi berdepan Timor Leste dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam ini, pengendali Harimau Malaya, Tang Cheng Hoe, berasa lega apabila semua pemain.