Skip to main content

Malaysia

Pemilik syarikat, broker kereta direman tujuh hari kes palsu dokumen hak milik kenderaan

IPOH - Seorang pemilik syarikat dan seorang ejen direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen palsu berkaitan urusan kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira 4 petang dan 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak. - Gambar/ Sinar Harian
Advertisement

IPOH: Seorang pemilik syarikat dan broker kereta direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung sindiket pemalsuan dokumen hak milik kenderaan di sebuah agensi penguat kuasa di negeri ini.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kedua-dua individu berkenaan disyaki turut merasuah pegawai di agensi penguatkuasaan itu bagi menukar status hak milik.

Sumber berkenaan memaklumkan, perintah reman terhadap kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu dikeluarkan Majistret S S Evangelin hingga 21 Sept selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira 4 petang dan 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak.

Penahanan itu dibuat susulan pembongkaran kegiatan sindiket berkenaan oleh SPRM dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disyaki memalsukan dokumen hak milik kenderaan bagi tujuan menukar status hak milik.

Pengarah SPRM Perak Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman dua individu berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement