awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
Permintaan domestik, lonjakan e-dagang pacu sektor logistik Malaysia - Kenanga Research
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLBT mula persiapan hadapi Sukma 2016

Bernama
Bernama
20/03/2015
00:00 MYT
PLBT mula persiapan hadapi Sukma 2016
Ketua jurulatih PLBT Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata bulan ini merupakan masa paling sibuk kepada persatuan kerana perlu menyiapkan 39 pelumba untuk menghadapi empat kejohanan. - Foto Facebook PLBT
Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) membuat persediaan awal untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2016 dengan membawa pelumba kelolaannya menyertai kejohanan di dalam dan luar negara.
Ketua jurulatih PLBT Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata bulan ini merupakan masa paling sibuk kepada persatuan kerana perlu menyiapkan 39 pelumba untuk menghadapi empat kejohanan.
"Pertandingan pertama yang akan disertai ialah Kejohanan 262 Indurance Race Banjaran Titiwangsa di Kota Baharu, Kelantan pada 21 Mac ini melibatkan 20 pelumba lelaki.
"Enam pelumba kemudiannya akan menyertai kejohanan Jelajah Mahkota Johor yang berlangsung dari 30 Mac hingga 4 April," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, pada Khamis.
Buat julung kalinya, lapan pelumba Terengganu akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Piala Walikota Tegal di Jawa Tengah, Indonesia selama seminggu bermula 31 Mac, katanya.
Kejohanan lain yang akan disertai Terengganu bulan ini ialah Kejohanan Mountain Bike Krabi-Bangkok Thailand dari 26 hingga 29 Mac melibatkan lima pelumba.
"Kami tidak meletakkan sasaran tinggi kepada pelumba kerana ini sebagai pendedahan kepada mereka untuk menimba pengalaman sebelum menyertai skuad Sukma 2016," katanya.
Topic Berkaitan
#PLBT
#SUKMA
#Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan