awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ismail Sabri sertai acara bersukan sempena HSN

Bernama
Bernama
09/10/2021
05:36 MYT
PM Ismail Sabri sertai acara bersukan sempena HSN
Ismail Sabri menunjukkan bakat melontar bola ketika melawat ruang acara sukan selepas melancarkan Hari Sukan Negara 2021 di perkarangan Kementerian Belia dan Sukan hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini turut bersukan sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2021 dengan menyertai beberapa acara yang diadakan di perkarangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini.
Antara aktiviti sukan yang disertai Perdana Menteri ialah senamrobik, bola jaring, bola keranjang selain meninjau aktiviti sukan permotoran.
Ismail Sabri turut mendapat tepukan gemuruh daripada penonton apabila berjaya menyempurnakan jaringan ketika mencuba aktiviti sukan bola jaring.
Terdahulu ketika berucap melancarkan HSN 2021 itu, Ismail Sabri mengajak seluruh rakyat untuk menjadikan sukan dan riadah dalam norma baharu sebagai amalan harian Keluarga Malaysia yang sihat, aktif dan cergas.
"Sepanjang tempoh bersukan dan beriadah, teruslah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, demi nyawa dan kesihatan seluruh Keluarga Malaysia. Selamat bersukan dan selamat beriadah," katanya.
BACA: Kerajaan lancar Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan
BACA: PM beri bayangan lebih banyak kelonggaran aktiviti sukan, riadah
Perdana Menteri turut menggariskan landasan untuk pembangunan sukan negara dengan mengerakkan rencana ke arah memperkasakan penglibatan wanita, mencungkil bakat baharu dan menjadikan sukan sebagai sumber baharu pertumbuhan ekonomi.
Beliau melancarkan Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan; Program Talent Identification and Development (MyTID) dan usaha penggubalan Pelan Tindakan Industri Sukan Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Hari Sukan Negara
#Pelan Tindakan
#pembangunan sukan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan