awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pocket Rocketman pamerkan perkembangan positif

Bernama
Bernama
13/11/2022
20:40 MYT
Pocket Rocketman pamerkan perkembangan positif
Azizulhasni membawa pulang pingat perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang merupakan perlumbaan terakhirnya sebelum menjalani pembedahan itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mempamirkan perkembangan positif selepas kembali beraksi dalam pusingan pembukaan Liga Juara-Juara Trek UCI (TCL) yang berlangsung di Mallorca, Sepanyol pada Sabtu (12 Nov).
Selepas lama berehat berikutan pembedahan jantung April lepas, "The Pocket Rocketman" mengakhiri acara kegemarannya, keirin di tempat keempat dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung di Velodrom Illes Ballears.
Azizulhasni membawa pulang pingat perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang merupakan perlumbaan terakhirnya sebelum menjalani pembedahan itu.
Pelumba Australia Matthew Richardson menjuarai perlumbaan itu diikuti rakan senegara Thomas Cornish sementara pelumba Jepun Shinji Nakano di tempat ketiga dalam acara keirin itu.
Hanya dua pelumba teratas dalam tiga saringan berbeza layak ke final.
Juara Dunia Harrie Lavreysen dari Belanda menjuarai final sementara Stefan Botticher dari Jerman mengakhiri perlumbaan di tempat kedua dan Richardson di tempat ketiga.
Sementara itu dalam acara pecut, Azizulhasni menamatkan saringan kedua pusingan pertama di tempat kedua di belakang pelumba Israel Mikhail Yakovlev. Hanya pelumba teratas daripada enam saringan berbeza melangkah ke final.
Richardson mempamerkan kehebatannya dalam acara pecut dengan menewaskan Lavreysen untuk muncul sebagai juara.
Perlumbaan TCL seterusnya akan berlangsung di Berlin, Jerman pada 19 Nov diikuti Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis (26 Nov) dan dua perlumbaan berturut-turut di London pada 2 dan 3 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Liga Juara-Juara Trek UCI
#Berbasikal Trek
#pembedahan jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan