awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Atletico mahu lihat Messi, Ronaldo kembali ke LaLiga

Astro Arena
Astro Arena
25/04/2023
01:40 MYT
Presiden Atletico mahu lihat Messi, Ronaldo kembali ke LaLiga
Enrique Cerezo, mahu melihat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kembali ke saingan LaLiga sebelum kedua-dua pemain legenda itu bersara. - Foto fail/AP
PRESIDEN Atletico Madrid, Enrique Cerezo, mahu melihat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kembali ke saingan LaLiga sebelum kedua-dua pemain legenda itu bersara.
Messi sehingga kini dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona, di mana dia menghabiskan 21 tahun kariernya sebelum berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) secara perpindahan percuma pada Ogos 2021.
Ronaldo, dalam pada itu, menjulang sembilan trofi sepanjang bersama Real Madrid sebelum mewakili Juventus, Manchester United dan yang terkini kelab Arab Saudi, Al Nassr.
Dengan terdapat cakap-cakap mengenai kemungkinan untuk Ronaldo kembali ke saingan liga divisyen utama Sepanyol itu, Cerezo percaya ia akan memberikan faedah yang besar buat liga berkenaan sekiranya dua pemain bintang itu dapat kembali beraksi bersama mereka suatu hari nanti.
"Bagi saya, ia kelihatan amat hebat jika Messi kembali ke liga ini, sama juga dengan Ronaldo," katanya sewaktu menghadiri final Kejohanan Tenis Terbuka Barcelona hujung minggu lalu.
"Kedua-dua mereka masih bermain dan ia akan menjadi amat hebat jika mereka dapat kembali ke sini." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Enrique Cerezo
#Lionel Messi
#Cristiano Ronaldo
#LaLiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan