ARAU: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini melawat bekas pemain kebangsaan era 70-an Syed Ahmad Syed Abu Bakar yang menderita kanser prostat tahap empat sejak lebih dua tahun lepas.
Hamidin berkata bekas penyerang berusia 76 tahun itu merupakan legenda bola sepak negara yang disegani dan pengorbanannya dikenang hingga ke hari ini.
"Ketika masih kecil, saya pernah menyaksikan corak permainan beliau di kaca televisyen, saya merasakan beliau antara lagenda bola sepak negara ketika itu. Saya dan pihak FAM mendoakan beliau terus pulih dan kembali sihat seperti sedia kala," katanya kepada pemberita selepas kunjungan ke rumah Syed Ahmad di sini, hari ini.
Turut hadir dua Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk Sivasundaram, Setiausaha Agung Mohd Saifuddin Abu Bakar dan Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Zamri Ibrahim.
Sepanjang bergelar penyerang pasukan kebangsaan, Syed Ahmad pernah menjaringkan gol dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan pada 1971, sekali gus menyaksikan Malaysia layak ke temasya Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.
Sementara itu, Syed Ahmad berkata beliau sangat gembira menerima kunjungan daripada rombongan FAM.
"Saya berharap pemain bola sepak sekarang lebih bersemangat kerana kita bermain untuk satu pasukan dan bukan untuk satu nama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022
Hamidin menziarahi lagenda bola sepak negara Syed Ahmad Abu Bakar dan isterinya Samihah Ghazali di kediaman mereka hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Presiden FAM rai media Malaysia di Qatar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini meraikan petugas media dari Malaysia yang membuat liputan Piala Asia 2023.
Hamidin akui projek naturalisasi FAM gagal
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengakui projek pemain naturalisasi yang dikelolakan badan induk itu sebelum ini gagal.
Hamidin dan Presiden FIFA Infantino bincang pembangunan bola sepak Malaysia
Kedua-dua mereka juga mengenal pasti peluang untuk pembangunan berterusan bola sepak di Malaysia.
Agong zahir ucapan tahniah kepada Hamidin, terpilih ahli FIFA
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA mewakli Asia.
Hamidin antara tujuh bertanding Ahli Majlis FIFA
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin bersaing merebut kerusi Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.
Presiden FAM santuni legenda bola sepak negara menderita kanser
Bekas pemain kebangsaan era 70-an Syed Ahmad Syed Abu Bakar menderita kanser prostat tahap empat sejak lebih dua tahun lepas.
FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
FAM optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos esok.
Presiden FAM lantik sembilan ahli pasukan petugas khas
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin melantik sembilan individu yang berbeza latar belakang bagi menganggotai Pasukan Petugas Khas Presiden (PTF).
FAM intai kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Diraja Belgium
Cadangan kerjasama itu disuarakan Duta Besar Belgium ke Malaysia Pascal H. Gregoire yang mengadakan kunjungan hormat ke Wisma FAM, Kelana Jaya, pada Selasa.
COVID-19: Liga Malaysia ditangguhkan bermula Isnin hadapan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan kesemua aksi Liga Malaysia (Liga-M) 2020 akan ditangguhkan bermula Isnin hadapan.