Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) akan diteruskan walaupun individu lain akan menerajui Kementerian Belia dan Sukan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata program yang menyambut ulang tahun ketiga penubuhannya hari ini, telah mendapat kelulusan daripada jemaah menteri sebelum ia dilaksanakan.
"Ini program nasional yang dilancarkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan ketika pelancaran beliau ada menyebut ini adalah program nasional.
Bila ia menjadi satu dasar dan program nasional, sesiapa saja yang menduduki kerusi menteri belia dan sukan, dia wajib meneruskan program ini," katanya kepada pemberita dalam temu bual khas sempena tiga tahun penubuhan PPBN.
PPBN dilancarkan pada 10 April 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersekali dengan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang yang merupakan satu usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak negara di samping menjadi sebuah kuasa yang disegani di peringkat antarabangsa.
Pelan tersebut didokong oleh pihak kerajaan secara keseluruhan tanpa lagi terhad kepada Kementerian Belia dan Sukan bersama Kementerian Pendidikan serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Melalui pelan ini, kanak-kanak seawal tujuh tahun sehingga 17 tahun akan digilap dengan pengetahuan asas bola sepak serta gaya permainan yang dipanggil sebagai DNA bola sepak yang diterajui oleh Pengarah PPBN Lim Teong Kim.
Bakat-bakat ini akan dicari di seluruh pelosok tanah air oleh pasukan pencarian bakat yang bekerjasama rapat dengan barisan jurulatih di seluruh negara di pusat-pusat latihan yang akan dibuka di setiap daerah.
Menjelang 2020, PPBN akan mempunyai kira-kira 50,000 pelatih bola sepak berumur antara tujuh sehingga 17 tahun di lebih 300 pusat latihan di seluruh negara.
Khairy berkata secara keseluruhannya beliau sangat berpuas hati dengan perjalanan program pembangunan berkenaan yang sudah mempunyai 23,000 pelatih berusia antara 7 hingga 17 tahun di 123 pusat latihan daerah atau akademi tunas di seluruh negara.
"Dengan 123 pusat atau akademi latihan di seluruh negara dalam masa tiga tahun adalah satu pencapaian yang besar. Namun demikian kita masih lagi belum selesai tugas sehingga kita berjaya mencapai 50,000 pelatih menjelang tahun 2020," katanya.
Beliau berkata bilangan pusat atau akademi latihan PPBN akan ditambah pada masa depan khususnya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai masalah jarak antara satu daerah ke satu daerah yang lain.
Menurut Khairy, cetusan idea PPBN ini pada awalnya adalah selepas melihat kelompongan dari segi pelaksanaan program pembangunan bola sepak yang hanya dilaksanakan di peringkat sekolah sukan negeri sahaja.
Katanya, pada masa itu kerajaan melihat tiada usaha yang serius daripada persatuan bola sepak negeri untuk menjaga pembangunan bola sepak di negeri masing-masing.
Sementara itu, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata sambutan daripada ibu bapa juga adalah memberangsangkan dari segi sokongan yang diberikan kepada anak-anak mereka.
"Maklum balas daripada ibu bapa adalah sangat positif. Pelatih dan ibu bapa tidak perlu bayar satu sen pun dari segi latihan dan jurulatih cuma kita minta mereka beri khidmat sokongan kepada anak-anak mereka," katanya.
PPBN ini juga telah menjadi program yang kompetitif yang mana di bawah program ini para pelatih akan mengadakan latihan tiga kali seminggu dan didedahkan kepada perlawanan setiap minggu.
"Ini beza dengan dulu di mana kita hanya ada pendedahan kepada pertandingan ketika karnival bola sepak sahaja tapi sekarang ini setiap minggu ada pertandingan atau liga yang tersusun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2017
KHAIRY: Ini program nasional yang dilancarkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan ketika pelancaran beliau ada menyebut ini adalah program nasional.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.