awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSG resah Neymar dibelenggu kecederaan buku lali

Astro Arena
Astro Arena
23/02/2023
03:50 MYT
PSG resah Neymar dibelenggu kecederaan buku lali
Pemain berusia 31 tahun itu terpaksa meninggalkan padang dengan pengusung ketika PSG menang 4-3 ke atas Lille, kelmarin. - Stadium Astro
NEYMAR mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki dan secara tidak langsung dalam keraguan untuk pertemuan timbal balik Liga Juara-Juara (UCL) di antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich.
Pemain berusia 31 tahun itu terpaksa meninggalkan padang dengan pengusung ketika PSG menang 4-3 ke atas Lille, kelmarin.
Setelah mencipta gol pembuka buat Kylian Mbappe sebelum mencetak namanya selaku penjaring, Neymar dilihat memegang pada buku lali kanannya susulan terjahan Benjamin Andre pada awal separuh masa kedua.
PSG kemudiannya mengesahkan Neymar tidak mengalami patah tulang dan hanya terseliuh.
Malam tadi, mereka mengumumkan bahawa imbasan lanjut telah mengesan kerosakan ligamen di bahagian itu dan Neymar kini perlu menunggu hingga minggu depan untuk menentukan skala masa pemulihannya.
Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom, tempoh pemulihan standard untuk kecederaan sedemikian adalah antara enam dan lapan minggu, sekali gus mungkin memadam hasratnya untuk aksi timbal balik pusingan 16 itu pada 9 Mac depan.
PSG yang akan menentang Marseille dalam Ligue 1 hujung minggu ini perlu memadam defisit 0-1 ketika bertandang ke Munich kelak. — Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Neymar
#PSG
#Liga Juara-Juara
#Bayern Munich
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan