awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PUBG: Awful Squad sedia beraksi, ikut rentak sendiri

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
31/08/2018
20:00 MYT
PUBG: Awful Squad sedia beraksi, ikut rentak sendiri
Duo Awful Squad terdiri daripada John Choo Teck Chuan dan Ivan Mun Yin Wai. Mereka satu-satunya pasukan Malaysia yang layak ke kejohanan dunia Broadcaster Royale, yang berlangsung di Seattle Amerika Syarikat. - Astro AWANI/Mariah Ahmad
DUO PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Awful Squad, John Choo Teck Chuan dan Ivan Mun Yin Wai bersedia untuk memberikan persembahan terbaik dalam kejohanan dunia Broadcaster Royale yang akan berlangsung hari ini.
Menurut John, mereka akan cuba mengekalkan corak permainan yang sama ketika beraksi pada kelayakan Asia bulan lalu.
“Kami tidak mahu terlalu berfikir sangat mengenai siapa pesaing kami dalam peringkat kumpulan ini.
“Kami hanya mahu beraksi dengan bermain dengan baik.
“Ini adalah ‘gelanggang’ kami, ini cara kami,” kata John kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Awful Squad berada dalam kumpulan A bersama jaguh Singapura MSK.Poseidon dan pasukan gergasi Amerika Syarikat, Evil Geniuses.
BACA: Skuad duo Malaysia layak ke kejohanan dunia, rebut wang terkumpul RM1 juta
Pada Ogos lalu, Awful Squad layak ke kejohanan dunia yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM1 juta selepas meraih tempat kedua dalam saringan peringkat Asia.
Kejohanan yang bertempat di Seattle, Amerika Syarikat itu bermula pada 31 Ogos sehingga 2 September depan.
Topic Berkaitan
#Awful Squad
#Broadcaster Royale
#Ivan Mun Yin Wai
#John Choo Teck Chuan
#PlayerUnknown's Battlegrounds
#pubg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan