awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pulanglah, dari berada di tempat di mana anda tidak dihargai' - Tunku Aminah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/06/2017
04:55 MYT
'Pulanglah, dari berada di tempat di mana anda tidak dihargai' - Tunku Aminah
Tunku Aminah yang juga Presiden Kelab Bola Sepak Johor, tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan apabila kekandanya dipersalahkan atas kekalahan itu.
KRITIKAN demi kritikan yang diterima Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan kekalahan tipis skuad pasukan kebangsaan kepada Lubnan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019, nyata mengundang rasa tidak selesa Presiden Kelab Bola Sepak Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.
Dalam kemas kini status di akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Aminah tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya apabila Tunku Ismail yang juga kekandanya, dikritik dan dipersalahkan atas kekalahan pasukan kebangsaan.
Kata Tunku Aminah, jika inilah balasan yang diterima daripada masyarakat atas keikhlasan Tunku Ismail menerima tanggungjawab berat sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ia nyata tidak berbaloi.
"Saya berharap DYAM Tunku Mahkota Johor tidak berada lama sangat sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Lebih baik menyumbang dan berkhidmat di mana anda dihargai dan disayangi.
"Walaupun JDT telah berada di tahap yang tinggi, bawalah JDT ke tahap yang lebih tinggi lagi dan berikan tumpuan kepada negeri Johor yang lebih menghargai dan menyayangi anda," status itu memetik Tunku Aminah sebagai berkata.
Tunku Ismail, atau TMJ, menjadi mangsa kritikan susulan kekalahan pertama Harimau Malaya, selepas pelantikannya sebagai Presiden FAM, Mac lalu.
Dalam perlawanan itu, skuad negara tewas tipis 1-2 kepada Lubnan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#JDT
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan