Puma, FAM lancar jersi ketiga Harimau Malaya

Jersi yang dilengkapi teknologi prestasi dan kelestarian terkini ini boleh didapati pada harga RM319 di laman web PUMA.com, Kedai PUMA serta beberapa kedai terpilih Al-Ikhsan dan Football Republic. - Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan PUMA Malaysia pada Khamis melancarkan jersi ketiga skuad Harimau Malaya bagi musim ini, yang menggabungkan inovasi prestasi dengan elemen reka bentuk moden dan segar.
Pengurus Negara PUMA Malaysia Steven Tan berkata jersi yang menampilkan kombinasi warna biru dan merah itu menggunakan tema 'Bangkit Bersama' yang melambangkan semangat ketabahan kolektif serta fokus baharu terhadap bola sepak negara.
"Edisi ini turut menampilkan padanan warna baharu bersama corak belang harimau sebagai penghormatan kepada identiti bola sepak Malaysia - keberanian, kekuatan dan aspirasi terhadap kecemerlangan," katanya dalam kenyataan FAM semalam.
Pelancaran jersi ketiga pasukan kebangsaan itu melengkapkan rangkaian jersi musim ini selepas jersi tuan rumah dan jersi tempat lawan masing-masing dilancarkan awal tahun ini.
Jersi yang dilengkapi teknologi prestasi dan kelestarian terkini PUMA itu kini boleh didapati pada harga RM319 di laman web PUMA.com, Kedai PUMA serta beberapa kedai terpilih Al-Ikhsan dan Football Republic.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


