awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal langgar lembu: Seorang maut, seorang cedera
13 maut, 98 cedera dalam tragedi tren tergelincir di selatan Mexico
Penduduk Pasir Linggi bina bangsal buluh sepanjang Monsun Timur Laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat latihan setempat baharu bukti JDT mahu cipta penanda aras baharu

Bernama
Bernama
16/02/2021
14:23 MYT
Pusat latihan setempat baharu bukti JDT mahu cipta penanda aras baharu
Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Johor Southern Tigers, kelab itu menyatakan pusat latihan tersebut meliputi bangunan berbentuk jata JDT serta dilengkapi dengan pejabat dan padang latihan tertutup. - Foto Johor Southern Tigers Facebook
JOHOR BAHRU:Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan terus komited dalam meningkatkan standard dan mencipta penanda aras baharu bukan sahaja di dalam padang, malah di luar padang.
Dengan pembinaan pusat latihan setempat Johor Darul Ta'zim (JDT) yang bertaraf dunia berhadapan Stadium Sultan Ibrahim, ia sekali gus menunjukkan semangat dan keazaman pemiliknya, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam memperluaskan empayar JDT.
Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Johor Southern Tigers, kelab itu menyatakan pusat latihan tersebut meliputi bangunan berbentuk jata JDT serta dilengkapi dengan pejabat dan padang latihan tertutup.
Bangunan berkenaan juga turut dilengkapi dengan kemudahan fasiliti seperti stadium mini, pusat perubatan, gimnasium, auditorium, kolam renang, dewan makan dan kafeteria, serta asrama akademi remaja.
Sementara itu, pusat latihan JDT sedia ada di Padang Seri Gelam, juga turut dinaik taraf dan sudah memenuhi piawaian antarabangsa.
Walaupun mempunyai perancangan untuk berpindah, ia masih dinaik taraf dengan Pusat Medikal dan Kecergasan, 'Cycling Studio' dan Auditorium yang masih dalam pembinaan.
Sumber Facebook johorsoutherntigers.com.my
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Johor Darul Ta'zim
#pusat latihan setempat
#Stadium Sultan Ibrahim
#Tunku Mahkota Johor
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Johor Southern Tigers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan