SUKAN
Putera Adam cipta sejarah naik podium kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Eropah

Putera Adam (kanan) cipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama naik podium dalam Lamborghini Super Trofeo Eropah 2025 di Monza, Itali. - Foto Instagram putera.adam25
KUALA LUMPUR: Pelumba negara Putera Adam Halim Muazzam mencipta sejarah apabila menjadi pelumba pertama Malaysia menaiki podium dalam kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Eropah 2025 di Litar Autodrom Kebangsaan Monza, Itali semalam.
Ringkasan AI
- Putera Adam Halim Muazzam mencipta sejarah dalam Lamborghini Super Trofeo Eropah: Pelumba Malaysia ini menjadi yang pertama menaiki podium dalam kejuaraan tersebut selepas memenangi perlumbaan kedua bersama gandingannya, Paul Levet.
- Pasukan VSR bangkit selepas masalah teknikal: Walaupun mengalami kegagalan jentera pada perlumbaan pertama, strategi pasukan yang tepat membolehkan mereka memintas lawan dan menamatkan perlumbaan di tempat pertama.
- Putera Adam kini berada di kedudukan kelima keseluruhan: Dengan 26 mata terkumpul, beliau dan Levet akan meneruskan saingan pusingan ketiga di Litar Spa-Francorchamps, Belgium pada 26 hingga 28 Jun.
Bagaimanapun, gandingan itu menampilkan kebangkitan luar biasa pada perlumbaan kedua apabila berjaya memintas pelumba lain untuk mengambil alih kedudukan ketiga meskipun bermula dari petak kelapan.
Percaturan strategi pasukan VSR dengan melakukan pertukaran pemandu pada saat yang tepat memberi kelebihan apabila pemanduan bertenaga Levet meletakkan pasukan yang berpangkalan di Itali itu di hadapan.
Levet memintas pendahulu ketika itu, Bergman dari pasukan Leipert Motorsport, sebelum mengekalkan pemanduan konsisten dan menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan 48 minit 45.387 saat (s).
"Alhamdulillah, minggu yang cukup mencabar buat kami apabila tidak dapat melakukan latihan bebas sebelumnya dan jentera mengalami kegagalan pada alternator di perlumbaan pertama.
"Namun saya dan Levet berjaya mengatasi kekecewaan hari sebelumnya untuk menjulang trofi pertama kami dalam kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Eropah 2025 ini," menurut pelumba berusia 19 tahun itu.
Putera Adam dan Levet kini berada dalam kedudukan kelima keseluruhan dengan 26 mata dalam kejuaraan itu.
Mereka akan meneruskan saingan pusingan tiga di Litar Spa-Francorchamps, Belgium pada 26 hingga 28 Jun ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami