awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qabil Irfan kukuhkan kedudukan pendahulu ESBK Talent, Hakim Danish kecundang

Bernama
Bernama
13/09/2025
22:30 MYT
Qabil Irfan kukuhkan kedudukan pendahulu ESBK Talent, Hakim Danish kecundang
Qabil Irfan juara perlumbaan 1 ESBK Talent pusingan keenam Kejuaraan Superbike Sepanyol 2025 di Litar Estoril, Portugal, semalam. - Foto Facebook Frando International
KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Qabil Irfan Azlan kembali ke puncak podium selepas muncul juara perlumbaan 1 ESBK Talent pusingan keenam Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 di Litar Estoril, Portugal, semalam.
Pelumba Frando Racing VHC Team Liqui Mol itu yang kali terakhir mengecap nikmat kemenangan pada perlumbaan 1 pusingan empat di Litar Navarra, Sepanyol Julai lepas, mempamerkan tunggangan cemerlang untuk meninggalkan wakil Aspar KSB Technical Academy Enzo Zaragoza dari Sepanyol, dengan kelebihan 14.176 saat.
Tempat ketiga milik pelumba Sepanyol Andres Garcia yang beraksi bersama pasukan IGAXTEAM Snipers.
Keputusan tersebut menyaksikan Qabil mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu ESBK Talent musim ini dengan 227 mata meninggalkan seteru utamanya dari Switzerland Arnold Alessio, yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan jumlah 181 mata secara keseluruhan.
Sementara itu, hasrat seorang lagi pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli, untuk melakar sejarah menjuarai saingan Red Bull Rookies Cup (RBRC) 2025 tidak kesampaian, selepas perlumbaan 1 pusingan kemuncak di Litar Misano, Itali.
Seteru utamanya dari Sepanyol Brian Uriarte bukan sahaja memenangi perlumbaan, malah sah dinobatkan juara RBRC 2025 dengan kutipan 216 mata biarpun berbaki satu lagi perlumbaan di litar sama esok, diikuti Hakim (171 mata) dan wakil Indonesia Veda Pratama di tempat ketiga (135 mata).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Qabil Irfan Azlan
#Kejuaraan Superbike Sepanyol
#Litar Estoril Portugal
#ESBK Talent 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan