Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal meminta pemainnya tidak gentar berhadapan dengan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC, pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Beliau sebaliknya menuntut mereka memberi komitmen sepenuhnya walaupun sedar pasukan negara bakal berdepan pasukan lawan yang dibarisi pemain betaraf dunia.
"Saya beritahu pemain bahawa kita bermain seperti biasa dan beri tumpuan serta tunjukkan satu permainan yang lebih baik berbanding ketika bertemu (kelab Liga Perdana Inggeris) Chelsea FC baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi latihan skuad Harimau Malaya di sini hari ini.
"Saya tidak mahu pemain kita memikirkan kemenangan besar yang dicatat Barcelona FC seperti membelasah Santos (8-0) dan Thailand (7-1) baru-baru ini...Apa yang penting ialah saya mahu melihat peningkatan corak
persembahan dalam kalangan pemain itu sendiri," tegas Rajagobal.
Jurulatih berusia 57 tahun itu berkata peningkatan dari segi corak persembahan skuad Harimau Malaya akan membolehkan beliau merencana strategi terbaik untuk bertemu Bahrain pada perlawanan ketiga Kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di sini, 15 Oktober ini.
Mengenai kesebelasan utama yang akan diturunkan pada perlawanan esok, Rajagobal berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan doktor pasukan.
"Mungkin saya akan kekalkan sebahagian besar pemain yang beraksi menentang Chelsea FC tempoh hari...Kalau ada pertukaran, mungkin satu dua pemain di posisi tertentu," katanya.
Terkenal dengan panggilan 'Los Blaugrana', Barcelona FC memulakan Jelajah Asia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand, 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok, Rabu lepas.
Pasukan itu menamatkan siri jelajah itu di sini sebelum pulang ke negara mereka bagi menghadapi musim baharu Liga Primera Sepanyol yang dijangka bermula 17 Ogos.
Bernama
Sat Aug 10 2013
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
Imigresen Perak gempur pelacur warga asing, 24 ditahan
Serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan JIM di kesemua lokasi tersebut.
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Rajagobal puji aksi Harimau Malaya walaupun gagal sekat Barcelona
Datuk K. Rajagobal memuji corak permainan yang ditunjukkan anak didiknya walaupun skuad Harimau Malaysia kalah kepada Barcelona FC.
'Keadaan padang yang agak teruk' - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tidak puas hati dengan padang Stadium Nasional Bukit Jalil dan memalukan reputasi negara.
Pertukaran stadium - Kenapa tidak diputuskan lebih awal?
Ramai berpendapat bahawa isu kualiti rumput menjadi penyebab pertukaran stadium namum kenapa ia tidak diputuskan lebih awal dari tarikh perlawanan?
Perlawanan Malaysia XI lawan Barcelona FC di Stadium Shah Alam
Perlawanan Malaysia XI menentang kelab tersohor Sepanyol, Barcelona FC akan berlangsung di Stadium Shah Alam dan bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil.