JOHOR BAHRU: Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berubah wajah malam ini daripada kebiasaan apabila dianggarkan lebih 2,000 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia melalui skrin besar.
Tinjauan Bernama mendapati dua skrin gergasi disediakan bagi membolehkan penyokong skuad Harimau Selatan menonton perlawanan berkenaan secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 9 malam ini.
Rata-rata penyokong JDT yang di temui berkata mereka membanjiri kawasan tersebut sejak jam 6.30 petang tadi, bagi menyatakan sokongan kepada pasukan JDT.
Bagi Nur Adriana Batrisya Zakaria, 16 , beliau berharap pasukan JDT dapat membawa pulang piala agung bola sepak tempatan itu ke Johor kali ini.
"Saya dan keluarga memang pemyokong tegar, mana-mana perlawanan membabitkan JDT memang kebiasaannya kami sekeluarga akan ke stadium atau ke dataran.
"Saya menjangkakan JDT akan menang 2-0, dan saya amat yakin JDT boleh muncul juara," katanya yang tinggal di Taman Sri Setanggi Majidee.
Senada dengan Nur Adriana , Rasyid Rahmad, 28 menjangkakan pasukan Harimau Selatan mampu merangkul kembali Piala Malaysia setelah tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City FC ) 0-2, tahun lalu.
Menurutnya ,beliau sekeluarga memilih untuk menonton melalui skrin gergasi di Dataran MBJB berbanding di rumah kerana suasana dan semangat bangsa Johor yang lebih kuat.
"Kalau boleh, kita hendak JDT menang 3-0 sebab kita nak tebus kekalahan pada tahun lalu.Tetapi dalam bola sepak, macam-macam perkara yang tidak diduga boleh berlaku cuma saya yakin tahun ini juara milik JDT.
"Tapi kalau kalah sekalipun..kami tetap berbangga dan kami tidak kecewa apatah lagi esok dah diisytiharkan cuti.
JDT juara Piala Malaysia 2017 dan 2019, kecewa pada saingan akhir 2021 apabila tewas 2-0 kepada Kuala Lumpur City FC manakala Selangor, pemegang rekod kejuaraan sebanyak 33 kali, terakhir mara ke final pada Piala Malaysia 2016 apabila tewas kepada Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022

Sebahagian daripada kira-kira 2,000 penonton yang menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Selangor FC di Dataran Bandaraya Johor Bahru malam ini. - Bernama

AWANI Ringkas: PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agenda AWANI: Mencari Hilal Ramadan
Temu bual bersama Mufti dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan ketika Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1444H. #AWANInews #AgendaAWANI #InspirasiRamadan #BukalahHati

Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.
![AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015183/41774397131679489990358_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Hakim Rahman Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Bila puasa? pengumumannya sebentar lagi. - PM mula lawatan rasmi ke Arab Saudi, selesai tunai umrah. - Tun Mahathir nafi arah Ops Lalang. - Kerajaan sama sekali tidak sokong LGBT. #AWANInews

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Piala Malaysia: JDT muncul juara, atasi Selangor 2-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk dinobat sebagai juara Piala Malaysia apabila mengatasi Selangor FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Rakyat Johor saksikan aksi final Piala Malaysia di skrin gergasi
Dataran MBJB berubah wajah apabila dianggarkan lebih 2,000 penyokong JDT hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.

Piala Malaysia: Operasi LRT dilanjut hingga 1 pagi Ahad
Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi perkhidmatan itu akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi (Ahad).

Penyokong diingatkan tidak bawa, kibar bendera politik pada final Piala Malaysia
Penyokong dilarang membawa masuk dan mengibar bendera berunsurkan politik pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Final Piala Malaysia 2022: Pengalaman bersama pemain JDT tidak bantu saya - Cheng Hoe
Cheng Hoe sifatkan, pengalaman bersama pemain JDT sebelum ini mungkin 'memakan' dirinya pada pertembungan malam esok.

Final Piala Malaysia tetap meriah di sebalik pematuhan SOP
Penyokong kedua-dua pasukan mula hadir seawal jam tiga petang, walaupun sepak mula dijadualkan jam 9 malam.

JDT mengaum... julang Piala Malaysia!
Aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil digamatkan lagi dengan sorakan puluhan ribu penyokong tegar daripada kedua-dua pasukan.

Zaquan ketepi sementara ikatan saudara dengan Aidil
Penyerang Kedah, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan mengetepikan sementara ikatan adik beradik dengan pasangan kembarnya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang mewakili Johor Darul Ta'zim (JDT).

Limpahan rezeki peniaga sempena final Piala Malaysia
Bagi peniaga, peluang Kedah melayakkan ke pentas final dua kali pada tahun ini memberi limpahan rezeki berganda buat mereka.

Kedah tagih formula Aidil Sharin untuk final Piala Malaysia
Jurulatih dari Singapura itu dipercayai mempunyai idea dan formula terbaik untuk Kedah mengatasi JDT dalam perlawanan itu.