awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi 6 kontena e-waste seberat 158 tan ditahan di Pelabuhan Klang
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ranking BWF: Kedudukan Sze Fei-Nur Izzuddin tergelincir, Aaron-Wooi Yik beregu utama negara

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2025
08:53 MYT
Ranking BWF: Kedudukan Sze Fei-Nur Izzuddin tergelincir, Aaron-Wooi Yik beregu utama negara
Sze Fei-Nur Izzuddin tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae di pentas final Terbuka Jepun di Tokyo pada Ahad. - Gambar fail/BAM
AARON Chia-Soh Wooi Yik sekali lagi mengungguli kedudukan sebagai beregu lelaki utama negara selepas mengatasi pasangan profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Ringkasan AI
  • Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal sebagai beregu lelaki utama negara, berada di ranking kedua dunia, mengatasi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin yang turun ke tangga ketiga selepas tewas di Terbuka Jepun kepada pasangan Korea, Kim Won-ho-Seo Seung-jae (ranking pertama).
  • Dalam kategori lain, Pearly Tan-M Thinaah kekal di tempat ketiga beregu wanita, Leong Jun Hao di tangga ke-26 perseorangan lelaki, dan Lee Zii Jia jatuh ke tangga ke-33 akibat pemulihan kecederaan.
  • Beregu campuran Malaysia kekal stabil Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di tempat keempat dan Goh Soon Huat-Shevon Lai di tempat keenam dunia.

Perkara itu dimaklumkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi kemas kini kedudukan terbaharu yang diumumkan pada Isnin.
Perubahan kedudukan tersebut berlaku selepas Aaron-Wooi Yik kekal di ranking kedua dunia, manakala Sze Fei-Nur Izzuddin turun dua anak tangga ke kedudukan ketiga.
Sementara itu, kedudukan nombor satu dunia kini dipegang oleh pasangan Korea Selatan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae, yang menjuarai Terbuka Jepun di Tokyo pada Ahad selepas menewaskan Sze Fei-Nur Izzuddin dalam straight set.
Mengulas mengenai situasi itu, Nur Izzuddin memilih untuk tidak terlalu memikirkannya dan mahu menumpukan perhatian kepada peningkatan prestasi mereka.
“Kami akan berusaha mempersiapkan diri dengan lebih baik pada masa akan datang dan hanya akan fokus kepada diri sendiri,” katanya ringkas.
Untuk rekod, Sze Fei-Nur Izzuddin berada di tangga teratas dunia sejak Mei lalu.
Sementara itu, naib juara Terbuka Jepun 2025, Pearly Tan-M Thinaah terus mengekalkan kedudukan ketiga dalam kedudukan beregu wanita dunia.
Dalam kategori perseorangan lelaki, Leong Jun Hao kekal sebagai pemain nombor satu negara meskipun kedudukannya merosot dua anak tangga ke tempat ke-26 dunia.
Pemain profesional, Lee Zii Jia pula terus mengalami penurunan dalam kedudukan dunia apabila jatuh ke tangga ke-33 daripada kedudukan ke-27, susulan proses pemulihan kecederaan buku lali kanan yang sedang dilaluinya.
Sementara itu, dalam kategori beregu campuran, pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai masing-masing kekal di kedudukan keempat dan keenam dunia.
Topic Berkaitan
#badminton
#Terbuka Jepun 2025
#ranking BWF
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan