awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ranking Indonesia kini tujuh anak tangga di atas Malaysia

Astro Arena
Astro Arena
29/11/2024
08:00 MYT
Ranking Indonesia kini tujuh anak tangga di atas Malaysia
Dua pertembungan besar dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 memberi nilai tambah yang banyak buat Sang Garuda. - Stadium Astro
KEMAS KINI terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Indonesia melonjak naik lima anak tangga di ranking ke-125 dunia, malam tadi.
Dua pertembungan besar dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 memberi nilai tambah yang banyak buat Sang Garuda, sekali gus menjarakkan diri sebanyak tujuh anak tangga daripada Malaysia.
Peringkat FIFA terbaik dalam terakhir! Terus berjuang #BersamaGaruda pic.twitter.com/azVj4VKOZz
— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) November 28, 2024
Meskipun tewas besar kepada Jepun, skuad kendalian Shin Tae-yong berupaya mengalahkan pasukan di kedudukan ke-59, Arab Saudi 2-0, menerusi jaringan Marselino Ferdinan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, seterusnya menaikkan ranking mereka.
Ranking Harimau Malaya | 28 November 2024 Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 132 dunia, berjaya melonjak naik 1 anak tangga berbanding 133 pada kemas kini terdahulu, 24 Oktober. * Kemas kini seterusnya 19 Disember#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/iLxg5fxB1v
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 28, 2024
Sementara itu, Harimau Malaya sekadar berjaya naik satu anak tangga ke-132 yang dipengaruhi prestasi oleh skuad negara mengalahkan Laos 3-0 dan seri 1-1 dengan India dalam jendela antarabangsa minggu lalu. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#ranking FIFA
#pasukan Indonesia
#harimau Malaya
#Kelayakan Piala Dunia 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan