awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aduan disiplin terhadap Muhyiddin tidak berasas - Tun Faisal
Subahan optimis Speedy Tigers tempah slot ke Piala Dunia 2026
Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasmi: Gelaran nombor satu dunia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin hilang

Astro Arena
Astro Arena
21/07/2025
00:40 MYT
Rasmi: Gelaran nombor satu dunia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin hilang
Menurut kemas kini terbaru ranking BWF, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani telah jatuh ke kedudukan ketiga dunia. - Foto Astro ARENA
WALAUPUN berjaya mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun, namun ia tidak mampu mengekalkan status selaku beregu nombor satu dunia buat gandingan profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.
Menurut kemas kini terbaru ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), juara Terbuka India itu telah jatuh ke kedudukan ketiga dunia, sekali gus status unggul tersebut hanya bertahan selama lapan minggu sejak Mei lalu.
Wakil negara itu juga tidak berhasil mengekalkan kejuaraan di Tokyo seperti pencapaian musim lalu selepas tunduk kepada beregu lelaki Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae, yang menyaksikan mereka tewas menerusi aksi straight set, 16-21, 17-21 dalam tempoh 38 minit perlawanan, semalam.
Kini, gelaran itu dipegang oleh Kim Won-ho-Seo Seung-jae kerap menampilkan persembahan memukau sejak awal musim ini.
Untuk rekod, pembentukan gandingan Korea Selatan itu bermula dari Januari dan memerlukan tujuh bulan untuk berada di tertinggi dunia.
Terbuka Malaysia, Terbuka Jerman, Seluruh England dan Terbuka Indonesia menjadi antara kejuaraan yang dimiliki gandingan tersebut pada musim ini.
Sejak 2016, ini adalah kali pertama Korea Selatan mengungguli tempat pertama selepas Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong.
BWF World Ranking Mens Doubles 22 July 2025 Kim/Seo becomes the new World #1 after #JapanOpen2025. Huang/Liu leaps 5 spots to #17. Two Japanese and two Indian pairs achieve new career highs in the top 35. #Badminton pic.twitter.com/xYtLYm3oYe
— Statminton (@Statminton) July 20, 2025
Topic Berkaitan
#badminton
#BWF
#ranking
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan