KUALA LUMPUR:Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali gembira dengan prestasi Franco Morbidelli di Grand Prix (GP) Valencia yang berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol semalam.
Katanya pelumba dari Itali yang berusia 25 tahun itu mempamerkan kesungguhan sebenar untuk meraih kemenangan ketiganya musim ini sekalipun menerima saingan sengit daripada pelumba Australia, Jack Miller daripada Pramac Racing di akhir perlumbaan.
Razlan juga meluahkan harapan rakan sepasukan Morbidelli, Fabio Quatararo yang terkeluar daripada perlumbaan itu akan bangkit kembali pada perlumbaan penamat musim, GP Portugal di Litar Portimao hujung minggu ini.
"Kejohanan MotoGP tahun ini adalah sukar dan kami berusaha untuk memenangi kesemua perlumbaan hingga perlumbaan akhir namun kami gagal berbuat demikian," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan hari ini.
Razlan turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Suzuki dan penunggangnya Joan Mir atas kejayaan merangkul kejuaraan MotoGP musim ini.
Beliau juga gembira melihat pasukan berpangkalan di Malaysia berjaya mengekalkan pasukan satelit terbaik untuk musim kedua berturut-turut Kejohanan MotoGP.
Morbidelli yang bermula dari petak pertama menguasai perlumbaan sejak awal namun menghadapi saingan sengit daripada Miller pada pusingan akhir sebelum berjaya memenangi perlumbaan dengan catatan masa 41 minit 22.478 saat, kemenangan ketiganya selepas GP Marino dan GP Teruel.
Miller di tempat kedua dengan perbezaan 0.093 saat sementara pelumba Sepanyol, Pol Espargaro daripada Red Bull KTM Factory Racing di tempat ketiga dengan catatan 41:25.484 saat dalam perlumbaan 27 pusingan itu.
Pendahulu MotoGP, pelumba Sepanyol Joan Mir daripada Team Suzuki Ecstar, muncul juara dunia MotoGP musim ini sekalipun menamatkan perlumbaan semalam di tempat ketujuh (41:31.181 saat). Beliau mengumpulkan 171 mata selepas 13 perlumbaan dengan baki satu lagi perlumbaan.
Keputusan perlumbaan semalam mengangkat Morbidelli ke tempat kedua dengan 142 mata sementara rakan sepasukan Mir, Alex Rins di tempat ketiga (138 mata). Quartararo pula jatuh ke posisi kelima dengan 125 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 16 2020
Pelumba dari Itali yang berusia 25 tahun itu mempamerkan kesungguhan sebenar untuk meraih kemenangan ketiganya musim ini. - Gambar fail
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Pelumba AS, Gerloff gantikan Morbidelli di GP Belanda
Morbidelli kini menjalani penilaian perubatan dan rawatan selepas mengalami kecederaan pada lutut kirinya pada Selasa.
SRT mahu bantu Rossi kembali kompetitif - Razlan
Kehadiran legenda Kejuaraan MotoGP, Valentino Rossi ke pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team musim ini, bukan sekadar pemasaran.
Petronas Yamaha SRT nafi pinggirkan pelumba Malaysia
Razlan berkata banyak peluang diberikan kepada Khairul Idham, namun beliau gagal menjelmakan keputusan positif sepanjang dua musim bersama pasukan berkenaan sejak musim lepas.
Razlan puji kecekalan Morbidelli di GP Valencia
Pelumba dari Itali yang berusia 25 tahun itu mempamerkan kesungguhan sebenar untuk meraih kemenangan ketiganya musim ini.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Franco Morbidelli raih kemenangan sulung di GP San Marino
Perlumbaan Grand Prix Motosikal 2020 (MotoGP) menyaksikan pemenang sulung keempat musim ini selepas pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (Petronas Yamaha SRT), Franco Morbidelli memenangi Grand
MotoGP: Saya anggap diri saya amat bertuah - Morbidelli
"Saya mengalami bengkak, tetapi semuanya baik. Melihat pada rakaman kemalangan itu, saya bersyukur selamat."
Quartararo sambar petak pertama GP Thailand
Pelumba Sepanyol berusia 20 tahun itu mencatat sepusingan terpantas satu minit 29.719 saat pada sesi kelayakan kedua (Q2) pada Sabtu.
20 tahun MotoGP bertapak di Sepang
SIC telah menjadi pemangkin pembangunan permotoran di Malaysia seiringi dengan perlumbaan MotoGP yang menandakan genap 20 tahun di Sepang pada Khamis.
Pasukan MotoGP tuan rumah peroleh data berharga di litar Sepang
Kedua-dua pelumba, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo menghabiskan masa lima jam di litar dan berehat pada tengah hari berikutan suhu yang tinggi dicatatkan di Litar Antarabangsa Sepang.