awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Real Madrid kekal rekod bersih, James curi tumpuan

Astro Arena
Astro Arena
19/09/2016
02:08 MYT
Real Madrid kekal rekod bersih, James curi tumpuan
Bintang Colombia itu membuka tirai jaringan menerusi percubaan dari jarak 25 meter di hujung babak pertama. - Foto AFP
Real Madrid mengekalkan rekod bersih dalam saingan La Liga musim ini apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Espanyol meskipun tanpa kelibat Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo yang direhatkan.
Pengendali Zinedine Zidane, tidak membawa Ronaldo dan Bale ke Estado Cornella-El Prat ekoran kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan.
Bagaimanapun, ketiadaan dua tonggak utama itu tidak dirasai tatkala James Rodriguez muncul sebagai wira Los Blancos.
Bintang Colombia itu membuka tirai jaringan menerusi percubaan dari jarak 25 meter di hujung babak pertama.
Bermula babak kedua, Real mula mendominasi penguasaan bola dan hasilnya, penyerang Perancis, Karim Benzema meledak gol kedua perlawanan pada minit ke-71.
Keputusan itu meletakkan mereka tiga mata di depan seteru utama, Barcelona dan Las Palmas selepas empat perlawanan, manakala Espanyol -- yang terlepas dua peluang keemasa menerusi percubaan Leo Baptistao -- masih mencari-cari kemenangan pertama musim ini dibawah kendalian Quique Sanchez Flores.
Kapten Madrid, Sergio Ramos mengutip kad kuning seawal minit ke-3 selepas merempuh Baptistao sebelum hampir meledak gol pembukaan hasil sepakan sudut James.
Terkesan dengan rempuhan Ramos, Baptistao membuat percubaan lemah yang mudah diselamatkan Kiko Casilla.
Real kehilangan keampuhan di bahagian tengah apabila Casemiro terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-19 susulan mengalami kecederaan betis.
Benzema sepatutnya lebih awal meletakkan Madrid di depan selepas menanduk masuk hasil hantaran Marcelo, namun penjaga garisan mengangkat bendera ofsaid.
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#James Rodriguez
#La Liga
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan