SPORTS
Reezal Merican hargai peluang terajui KBS

Reezal juga sepatutnya mengumumkan satu program baru menggantikan Road to Tokyo menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, namun hasrat itu tidak kesampaian. - Gambar fail
DATUK Seri Reezal Merican Naina Merican menghargai peluang menerajui Kementerian Belia dan Sukan selama 17 bulan dan mengucapkan terima kasih kepada warga sukan.
Kabinet mempersembahkan peletakan jawatan kepada Yang di-pertuan Agong yang menyaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Caretaker kerajaan Malaysia.
Keputusan itu bermakna, Reezal, menteri kedua menerajui KBS untuk tempoh paling pendek selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Program Podium dalam misi memburu pingat emas dalam Sukan Olimpik Tokyo dengan memberi keutamaan terhadap kem latihan atlet Road to Tokyo.
Sepanjang 17 bulan berkhidmat, Reezal memperkasakan KBS berjaya meyakinkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mewujudkan program latihan berpusat di semua venue latihan Majlis Sukan Negara (MSN) sejak tahun lalu.
Akhirnya, Malaysia membawa pulang satu perak satu gangsa menerusi Sukan Olimpik Tokyo.
Sumber Facebook reezal.merican041
Reezal juga sepatutnya mengumumkan satu program baru menggantikan Road to Tokyo menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.Namun hasrat itu tidak kesampaian, begitu juga dengan cabaran kontinjen Paralimpik Tokyo, bermula 24 Ogos ini.
Apa yang pasti, cabaran akan tetap diteruskan dengan misi buru tiga pingat emas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami