KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bersedia membantu bekas ratu terjun negara Datuk Leong Mun Yee dalam merealisasikan impiannya menubuhkan akademi terjun sendiri.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Mun Yee ada berkongsi dengannya mengenai matlamat menubuhkan akademi sendiri untuk terus memartabatkan sukan terjun di Malaysia.
"Saya dapat lihat dengan jelas betapa mendalamnya kecintaan anda terhadap sukan ini.
"Seperti saya katakan tadi, anda mendapat sokongan penuh saya dalam memulakan akademi ini, jika anda memerlukan sebarang bantuan saya sedia membantu - bukan sebagai Menteri tetapi atas kapasiti saya sendiri sebagai penyokong anda," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Sementara itu, menu Kopi C Peng (ais) dan Ipoh White Coffee menjadi pilihan Reezal Merican ketika berkunjung ke Heroes Cafe milik Mun Yee, semalam, bagi menunaikan janji untuk singgah ke kafe itu selepas tidak dapat hadir pada majlis pembukaannya 11 Nov lepas.
Dalam masa sama, Reezal Merican turut mengucapkan tahniah kepada Mun Yee dan pasangannya Poh Yu Shen, yang baru melangsungkan pertunangan.
"Saya harap masa depan anda bersama dipenuhi dengan kebahagiaan, tawa, dan cinta yang tidak terhingga. Tidak sabar menunggu hari bahagia anda," katanya.
Mun Yee yang bersara sebagai atlet kebangsaan selepas beraksi di Olimpik buat kali kelima di Tokyo 2020 pada Julai 2021, kini berkhidmat sebagai jurulatih terjun di Majlis Sukan Negara (MSN) sambil mengusahakan Heroes Cafe.
Beliau yang mula menceburi sukan terjun pada usia 10 tahun, adalah antara penerjun negara paling berjaya, dengan pelbagai kejayaan termasuk pingat perak di Sukan Komanwel 2010 di India, gangsa di Sukan Asia 2014 di Korea Selatan dan dua emas di Sukan SEA KL, 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
Mun Yee pernah berkongsi tentang matlamat menubuhkan akademi sendiri untuk terus memartabatkan sukan terjun di Malaysia. - Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Reezal Merican sedia bantu Mun Yee tubuh akademi sukan terjun
Mun Yee ada berkongsi dengannya mengenai matlamat menubuhkan akademi sendiri untuk terus memartabatkan sukan terjun di Malaysia.