awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rekrut Tuchel tak selesai masalah United

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2024
01:10 MYT
Rekrut Tuchel tak selesai masalah United
Tuchel (kanan) dan ten Hag berdepan musim suram bersama kelab masing-masing musim ini. - Foto Agensi/Sinar Harian
MANCHESTER United disifatkan melakukan tindakan kurang bijak jika merekrut Thomas Tuchel pada musim depan.
Perkara itu dinyatakan legenda Arsenal, Emmanuel Petit sambil menegaskan pelantikan Tuchel tidak akan menyelesaikan masalah di Old Trafford.
Menurut Petit, masalah yang timbul di Old Traffrd bukan berpunca daripada pengurus sebaliknya ia berpunca daripada sikap dan persekitaran penuh toksik dalam kalangan pemain.
“United perlu melakukan rombakan besar-besaran. Jika mereka mahu menggantikan pengurus, United juga perlu menyingkirkan sebahagian besar pemain.
“Saya melihat separuh daripada pemain yang diturunkan musim ini tiada jiwa dan tidak layak bermain untuk United.
“Jika Tuchel datang sekali pun, dia tidak akan mampu memperbaiki keadaan jika pemain-pemain toksik masih berada di kelab tersebut,” ujar Petit.
Tuchel dan Bayern Munich sudah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kolaborasi mereka sebaik sahaja musim Bundesliga berakhir.
Bekas pengendali Chelsea itu antara nama yang dikatkan dengan United untuk musim 2024/25 sekiranya kelab tersebut memutuskan untuk memecat Erik ten Hag sejurus perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City pada Sabtu ini.
Musim ini, United menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kelapan iaitu rekod terburuk The Red Devils sepanjang sejarah penyertaan mereka dalam saingan utama England. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Thomas Tuchel
#Emmanuel Petit
#Erik ten Hag
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan