awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rexy akan cadangkan pengganti Chong Ming

Bernama
Bernama
01/01/2022
21:54 MYT
Rexy akan cadangkan pengganti Chong Ming
Rexy yang hanya melaporkan diri bertugas pada 1 Dis telah meminta masa untuk menilai pemain dan jurulatih. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengarah kejurulatihan beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky akan mencadangkan pengganti Chan Chong Ming berikutan peletakan jawatan sebagai jurulatih skuad beregu wanita kebangsaan, Rabu lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM Datuk Kenny Goh menjangkakan Rexy akan mengemukakan cadangan itu berserta dengan penilaian prestasi tahunan pemain dan jurulatih dalam tempoh sebulan dari sekarang.
"Rexy akan memberi cadangan siapa yang patut menggantikan Chong Ming dalam tempoh sebulan dari sekarang atau mungkin lebih awal dari itu," katanya yang dihubungi Bernama semalam.
BAM dalam kenyataan Jumaat memaklumkan mereka telah mencapai keputusan untuk menerima surat peletakan jawatan Chong Ming.
Menurut BAM, jurulatih berusia 41 tahun itu melepaskan jawatannya secara persetujuan bersama selepas menyertai badan induk itu pada Julai 2020.
Selasa lepas, Kenny yang juga Setiausaha Agung BAM berkata penilaian prestasi tahunan yang sepatutnya diselesaikan lebih awal telah ditangguhkan hingga bulan ini selepas Rexy yang hanya melaporkan diri bertugas pada 1 Dis telah meminta masa untuk menilai pemain dan jurulatih.
Beliau berkata setiap orang daripada pengurusan, pengarah kejurulatihan, jurulatih dan pemain perlu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dikehendaki dan tidak menolak kemungkinan beberapa orang daripada mereka mungkin tersingkir selepas penilaian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rexy Mainaky
#pengganti Chan Chong Ming
#Chan Chong Ming letak jawatan
#jurulatih skuad beregu wanita kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan