NAIB juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal menandatangani Declan Rice dengan kontrak jangka panjang dari West Ham United, kata kelab utara London itu pada Sabtu, dengan pengurus Mikel Arteta menyifatkan pemain England itu sebagai bakat luar biasa.
Butiran kewangan mengenai perpindahan itu tidak didedahkan, namun media Britain melaporkan bahawa bayaran untuk pemain tengah itu ialah 105 juta pound, menjadikannya rekod perpindahan tertinggi antara dua kelab Britain.
“Beliau adalah pemain yang mempunyai kebolehan luar biasa, yang telah beraksi pada tahap tinggi dalam Liga Perdana Inggeris dan untuk England untuk beberapa musim sekarang.
“Declan membawa kualiti yang tidak diragukan kepada kelab dan dia adalah bakat luar biasa yang berpotensi untuk berjaya di sini,” kata Arteta dalam satu kenyataan.
Yuran perpindahan pemain berusia 24 tahun itu dipercayai melebihi 100 juta pound yang dibayar Manchester City kepada Aston Villa untuk pemain tengah England, Jack Grealish pada 2021.
Rice juga menjadi pembelian termahal Arsenal, mengatasi 72 juta pound yang mereka bayar Lille untuk Nicolas Pepe pada 2019.
Namun yuran itu kurang daripada 107 juta pound yang dibayar Chelsea untuk menandatangani pemain tengah Benfica, Enzo Fernandez tahun ini.
Rice meninggalkan West Ham setelah membimbing The Hammers merangkul kejuaraan Liga Konfrensi Europa dan menduduki tempat ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris.
Dia dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Konferensi Europa musim ini selepas mengemudi kemenangan West Ham sekali gus memberikan trofi Eropah utama pertama dalam lebih setengah abad dan gelaran utama pertama sejak Piala FA pada 1980.
“Rice mempunyai pengalaman hebat dalam Liga Perdana pada usia 24 tahun.
“Dia telah mengetuai West Ham dengan sangat bagus dan seperti yang kita semua lihat, dia baru-baru ini menjulang trofi Liga Konferensi Eropah. Tanggungjawab dan peranan yang dia pikul sangat mengagumkan dan kami sangat teruja bahawa dia menyertai kami,” kata Arteta.
Rice memulakan kerjaya mudanya di akademi Chelsea sebelum berpindah ke West Ham pada usia 14 tahun, membuat penampilan sulung seniornya untuk The Hammers pada 2015.
Pemain tengah itu, yang diberi lilitan kapten selepas persaraan Mark Noble pada 2022, bermain lebih daripada 240 perlawanan untuk West Ham, menjaringkan 15 gol.
Rice mewakili Ireland di peringkat remaja tetapi beralih taat setia kepada England pada 2019, membuat penampilan sulungnya pada tahun yang sama.
Dia telah bermain 41 kali untuk The Three Lions memulakan semua lima perlawanan pada Piala Dunia 2022 di Qatar, tahun lalu.
Kehadiran Rice akan mengukuhkan skuad pengurus Arteta selepas pemergian Granit Xhaka, ketika Arsenal ingin sekali lagi mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan bersaing dalam Liga Juara-Juara apabila kelab London itu kembali ke kejohanan buat kali pertama sejak musim 2016-17.
“Saya telah melihat Arsenal sejak beberapa musim lalu dan trajektori yang telah mereka lalui
“Bukan musim lepas tetapi musim sebelum ini, mereka menduduki tempat kelima.
“Namun anda boleh lihat gaya permainan yang Mikel Arteta laksanakan.
“Musim lalu adalah musim yang luar biasa, membuatkan hampir semua pasukan keluar dari air kecuali Manchester City,” kata Rice di laman web Arsenal.
Sebagai rekod, Rice menjadi tandatangan ketiga Arsenal pada jendela perpindahan ini selepas Kai Havertz (Chelsea) dan pertahanan Jurrien Timber (Ajax Amsterdam).
Arsenal berdepan Manchester City juara Liga Perdana Inggeris dan Piala FA dalam Perisai Komuniti pada 6 Ogos.
Selepas itu, The Gunners akan menentang Nottingham Forest dalam perlawanan pembukaan liga pada 12 Ogos.
PERISAI KOMUNITI
6 OGOS
Arsenal lwn Manchester City
(Stdm Wembley, 11 malam)
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 15 2023
Arteta (kiri) bersama Rice dan Pengarah Sukan Edu (kanan) di Stadium Emirates pada Sabtu. - Foto Agensi/Sinar Harian
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Arsenal bawa keluar satu mata dari Fulham
Keputusan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 29 mata selepas mengharungi 15 perlawanan lima mata di belakang Liverpool.
EPL: Arsenal benam Manchester United di Emirates
Jaringan sepakan sudut memastikan Ruben Amorim terpaksa akur tewas buat kali pertama sebagai jurulatih Manchester United dalam saingan EPL berdepan Arsenal 0-2 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Norway pulangkan Martin Odegaard ke Arsenal
Odegaard, yang tercedera ketika bertugas antarabangsa pada September lepas, hanya kembali beraksi untuk Arsenal minggu lalu.
Saka, Rice buat Arsenal tidak senang duduk
Saka dikeluarkan pada minit ke-81 selepas menerima rawatan mengenai masalah di kakinya, Rice meninggalkan padang 10 minit lebih awal.
Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.
UCL: Rekod sempurna Calhanoglu pastikan Inter Milan hukum Arsenal
Calhanoglu kemudian tenang menewaskan David Raya untuk menjaringkan gol sepakan penaltinya yang ke-19 sepanjang mewakili Inter.
Arsenal berduka tunduk kepada Newcastle
Keputusan itu sekali gus menyaksikan pendahulu EPL, Manchester City berpeluang untuk mendahului lapan mata daripada Gunners di puncak liga.
Salah bantu Liverpool ikat Arsenal di Emirates
Bukayo Saka memberi Arsenal pendahuluan pada minit kesembilan apabila rembatan menewaskan Caoimhin Kelleher untuk gol ke-50 liga.
Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik.
Havertz terlepas aksi Liga Negara-Negara UEFA
Havertz tampil cemerlang menjaringkan satu gol minit ke-58, bermain 90 minit bersama Arsenal ketika menang bergaya 3-1 ke atas Southampton.