awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rice dan Saka manfaatkan kejatuhan Liverpool, takhta liga jadi milik Arsenal

Muhamad Syazwan Jonizar
Muhamad Syazwan Jonizar
05/10/2025
03:30 MYT
Rice dan Saka manfaatkan kejatuhan Liverpool, takhta liga jadi milik Arsenal
Kemenangan ini melonjakkan Arsenal ke puncak liga, seolah-olah menutup episod kekalahan tunggal mereka musim ini di Anfield. - Foto REUTERS
ARSENAL kini menguasai perebutan kejuaraan Liga Perdana selepas Liverpool sekali lagi tumbang pada saat-saat akhir, kali ini di tangan Chelsea di Stamford Bridge. Jaringan minit ke-96 oleh bintang muda Estevao memastikan skuad Arne Slot kehilangan kedudukan teratas liga yang mereka pegang sejak awal musim.
Di London Stadium, Arsenal pula mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas West Ham dalam aksi ke-300 Mikel Arteta sebagai pengurus, menjadikannya malam yang penuh makna.
Declan Rice muncul wira dengan gol menentang bekas kelabnya, disambut sorakan lantang penyokong pelawat. Tidak lama kemudian, Bukayo Saka menambah jaringan untuk memastikan The Gunners selesa mengawal perlawanan.
West Ham yang cuba mencari kebangkitan buntu di depan gawang, dengan barisan serangan mereka mudah dipatahkan pertahanan Arsenal yang mantap. Disiplin tinggi dan ketajaman penyudah sekali lagi menjadi resepi kemenangan Arteta.
Bagi pengendali Sepanyol itu, perlawanan ini bukan sekadar angka ke-300, tetapi bukti pasukannya semakin matang dan konsisten menghadapi tekanan di pentas besar.
Kemenangan ini melonjakkan Arsenal ke puncak liga, seolah-olah menutup episod kekalahan tunggal mereka musim ini di Anfield. Dengan Liverpool bergelut mencari rentak, Arsenal pula tampak semakin yakin dan bertenaga, memberi isyarat jelas bahawa momentum perebutan gelaran kini benar-benar beralih ke utara London.
View this post on Instagram
A post shared by Arsenal (@arsenal)
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Liga Perdana Inggeris
#Declan Rice
#Bukayo Saka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan