awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM1 juta lonjak pasukan e-sukan ke pentas dunia

Bernama
Bernama
10/07/2025
23:35 MYT
RM1 juta lonjak pasukan e-sukan ke pentas dunia
Adam Adli (depan, tengah) bergambar ketika Majlis Pengumuman Malaysia Esports Accelerator Programme (MEAP) di ESI Hub, Space Rubix, Puchong, 10 Julai 2025. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan Malaysia Esports Accelerator Programme (MEAP) sebagai usaha memperkukuh kedudukan pasukan e-sukan tempatan di pentas antarabangsa.
Timbalan Menterinya Adam Adli Abd Halim berkata program tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan untuk memperkasa bakat-bakat e-sukan negara agar mampu bersaing di peringkat global.
"Setakat ini, sebanyak RM1 juta diperuntukkan, melibatkan RM300,000 untuk fasa pertama, manakala baki RM700,000 akan disalurkan bagi pelaksanaan fasa kedua kelak.
"Peruntukan fasa pertama akan digunakan bagi pelaksanaan bengkel serta sokongan logistik kepada pasukan-pasukan terlibat," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran MEAP di Puchong, dekat sini, semalam.
Pada majlis itu, sebanyak sembilan pasukan dan pemain e-sukan tempatan diumumkan sebagai penerima dana sokongan berjumlah antara RM5,000 hingga RM40,000 untuk menyertai kejohanan antarabangsa merangkumi pelbagai kategori permainan.
Antara pasukan yang terpilih ialah Selangor Red Giants (SRG.OG), Homebois, dan Navi Esports bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang, manakala Nova Esports, Black Shrew Esports, dan Alpha Gaming akan bersaing dalam dalam permainan Honor of Kings.
Kesemua pasukan terbabit dijadual menyertai Piala Dunia E-sukan yang sedang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi ketika ini.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) Muhammad Naim Al-Amin berkata pihaknya menyambut baik pelaksanaan program MEAP dan menyeru pasukan atau pemain yang layak supaya memanfaatkan peluang yang ditawarkan.
Menurut beliau, mana-mana individu atau pasukan yang akan menyertai kejohanan antarabangsa boleh mengemukakan permohonan kepada Esports Integrated (ESI) atau terus kepada pihak MESF bagi melibatkan diri dalam program tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adam Adli Abd Halim
#e-sukan
#Piala Dunia E-sukan
#MEAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan