SUKAN
Rodrigo Holgado abadikan penampilan pertama bersama Harimau Malaya dengan cara unik

Holgado berkongsi koleksi pelindung kaki (shin pad) yang akan digunakannya dalam perlawanan. - Stadium Astro
PENGGEMPUR Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, mengabadikan momen pertamanya mewakili skuad kebangsaan dengan cara yang agak unik.
Ringkasan AI
- Rodrigo Holgado abadikan momen istimewa dengan memaparkan gambar keluarga dan detik gol pertama bersama Harimau Malaya pada pelindung kaki bertulis -Familia-.
- Debut bersama skuad kebangsaan berlaku ketika Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 dalam kelayakan Piala Asia pada 10 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil.
- Holgado menjaringkan gol walaupun cedera, beraksi dengan kepala berbalut selepas pendarahan dan tetap meledak pada minit ke-59.
Holgado melakukan penampilan pertamanya bersama Harimau Malaya ketika skuad negara membelasah Vietnam 4-0 dalam pusingan kelayakan Piala Asia pada 10 Jun lalu.
Ketika itu, dia mengalami pendarahan dan terpaksa beraksi dengan kepala berbalut tetapi masih mampu menjaringkan gol pada minit ke-59. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami