awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rodriguez kini bersama Sao Paulo

Sinar Harian
Sinar Harian
30/07/2023
01:36 MYT
Rodriguez kini bersama Sao Paulo
Pemain tengah Colombia, James Rodriguez telah menandatangani kontrak untuk Sao Paulo selepas dilepaskan oleh Olympiakos Piraeus pada April.
PEMAIN tengah Colombia, James Rodriguez telah menandatangani kontrak untuk Sao Paulo selepas dilepaskan oleh Olympiakos Piraeus pada April, menurut kelab Serie A Brazil itu.
Pemain berusia 32 tahun itu menandatangani kontrak dua tahun, menjadikannya kelab keempatnya dalam beberapa musim.
Rodriguez sebelum ini menyertai Everton pada 2021 untuk tempoh semusim sebelum dijual kepada pasukan Qatar, Al-Rayyan dan kemudian menyertai Olympiakos secara percuma.
Perpindahan Rodriguez ke Sao Paulo menyaksikan dia menyertai kelab profesional ke-10 di 10 negara berbeza sejak dia memulakan kerjayanya di Envigado Colombia pada 2006.
Rodriguez pernah bermain untuk beberapa kelab terkemuka Eropah seperti Porto (Portugal), AS Monaco (Perancis) dan Real Madrid (Sepanyol).
Pemain sensasi itu pernah memenangi Kasut Emas pada Piala Dunia 2014 selepas menjaringkan enam gol dalam temasya tersebut.
Dia memenangi Liga Juara-Juara dua kali bersama Real ditambah dua gelaran LaLiga selepas menjulang Liga Europa bersama Porto.
Rodriguez dikontrak ke Real dari 2014-20 tetapi dipinjamkan selama dua tahun di Bayern Munich antara 2017 dan 2019 apabila dia merangkul dua mahkota Bundesliga dan Piala Jerman. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#James Rodriguez
#Sao Paulo
#Olympiakos Piraeus
#Piala Dunia 2014
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan